Friday 16 March 2012

kerana CINTA itu INDAH

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu..
Pasti suatu ketika kita akan bertemu..
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu..
Walau dekat selalu, KAU tetap tidak akan menjadi kepunyaanku...

Cerita seorang pakcik semasa kami dalam perjalanan ke Teluk Intan untuk membuat pasport. Kata Pakcik tu " Jodoh kita ni dah ditentukan daripada kita dalam rahim ibu lagi. Tentang jodoh, hidup mati kita, rezeki kita, semua Allah telah aturkan. Rancangan yang telah Allah tetapkan kepada kita ni memang dah elok sangat dah. Haa, berbalik pasal jodoh tadi. Pakcik nak tanya kamu la " Agak-agak kenapa ada perempuan atau lelaki yang tak kahwin-kahwin sampai tua.?"
 Ermm.. aku dengan kawan aku ni cakap la "dia orang tu tak sampai jodoh lagi kot"
Pakcik ni balas  " Allah dah tentukan jodoh kita daripada kita dalam rahim ibu lagi kan? so, kalau kita  tak jumpa-jumpa juga jodoh kita, itu bermakna jodoh kita sudah meninggal sebelum kita lahir"
Hahaha,.. terus kami tergelak. Pandai bergurau la pula pakcik ni.. Tapi bila aku fikir-fikir balik, macam boleh pakai juga idea pakcik ni kan.. Haaa, Apa pendapat korang pulak.?? =D

No comments:

Post a Comment