Sunday 27 November 2011

salam maal hijrah

assalamualaikum..
kepada sahabat-sahabat yang dikasihi..
sempena awal muharam ini, dengan rendah dirinya saya ingin memohon seribu kemaafan andai pernah melakukan perkara-perkara secara tidak sedar atau sedar yang telah menyebabkan sahabat-sahabat terguris, terkecil, tersentap, terasa hatinya dengan perlakuan saya. Lumrah manusia, akan menyedari melakukan kesilapan apabila hati mulai kurang tenang setelah kita melakukan kesilapan itu. Kadangkala juga saya tidak menyedari kesilapan yang telah saya lakukan. Dengan ini, besarlah harapan saya andai rakan-rakan semua dapat memaafkan segala salah silap saya.

jadi kawan-kawan, jom kita tambahkan amalan bermula awal muharram ni yuk~!


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X                                                                                    
14 perkara yang perlu dilakukan pada 10 Muharram:
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
semoga saya dan kawan-kawan beroleh manfaat =)

Saturday 26 November 2011

DUGAAN INI

1.07 AM (26/11/2011)
Terasa sangat letih dan semahu-mahunya rebah ke tanah.. Bukan mudah untuk mencari kebahagiaan diri.. Bukan mudah untuk memahami keadaan yang tidak pasti.. Aku insan biasa yang lemah, sering melakukan kekhilafan di dunia ini.. Mana mungkin aku akan gembira selamanya.. Dugaan dan cabaran adalah guru bagi mematangkan aku.. Andai aku boleh kuasai dunia.. Perkara yang aku inginkan ialah bahagia di dalam rahmatNYA.. Tanpa kasih daripadaNYA, jiwaku terasa kosong dan tidak tenteram.. Mohonku agar diteguhkan iman, dikuatkan jiwa dan tabah dalam mengharungi pelbagai cabaran yang datang menimpa..

Saturday 19 November 2011

update gambar PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

haa..ni lah program yang saya maksudkan tu...ni tag nama kami..

ni tag nama saya. =)

SETERUSNYA GAMBAR-GAMBAR SELEPAS MAJLIS PENUTUPAN..SORY LA, XSEMPAT NAK UPLOAD GAMBAR LAIN...HEHE

BARISAN FASILITATOR YANG MENJAYAKAN PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

BERSAMA PESERTA SEBELUM PULANG KE UPSI

PESERTA PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

FASILITATOR MEMBERIKAN TEPUK-TEPUK SAYANG KEPADA ADIK-ADIK..

ADIK-ADIK YANG EDIT GAMBAR NI..

CENDERAMATA DARIPADA PIHAK SEKOLAH KEPADA FASILITATOR
SELEPAS ADIK-ADIK ADD KAMI PUNYA FB..SAYA STALKER LA FB MEREKA.. nak tahu juga mereka ni jenis macam mana kan..jadi saya terjumpa lah sesuatu...ni FB budak yang paling cikgu bangga la...sebab mereka datang juga even mereka sedikit nakal di sekolah...
..ha..ni status sebelum mereka terlibat dengan motivasi kami..

yang ni pulak status selepas mereka terlibat dengan motivasi kami..jadi nampak lah kan hasilnya..
SEKIAN, INI SAHAJA DARIPADA SAYA =)

Friday 18 November 2011

"DELIGASI DUA BUDAYA, JALINAN UKHWAH SEBENUA"

ASSALAMUALAIKUM  & SALAM SEJAHTERA..

Apa khabar semua..? Hopefully semua sahabat-sahabat sihat lah ye =).. Sebenarnya cahaya selalu je terfikir nak update blog ni (ceh, saje nak bagi tau kat NURUL HIDAYU sbb pagi ni dy membebel pasal BLOG..huhu).. Tak banyak yang cahaya nak cakap pagi ni..sebab cahaya banyak benda kena selesaikan sebelum ke Aceh pada 20 November 2011 (ahad) ni.. Apa yang cahaya perlu buat.? Cahaya perlu ke kedai untuk menempah banner dan perlu mengumpulkan duit untuk ditukarkan kepada matawang aceh.. Semua kerja baru diberikan semalam, jadi hari ni cahaya perlu rushing la kan.. Nak kena siapkan semua perkara.. Tak lupa, nak minta kawan-kawan semua doakan Cahaya selamat pergi dan balik daripada Aceh ye.. Takutla kan apa-apa yang terjadi.. Semua tahu kan, di Aceh ni pernah ana kesan TSUNAMI. Insya'Allah kami akan pergi ke tempat-tempat yang pernah dilanda TSUNAMI ni..Tapi korang kena doakan Cahaya selamat tau.. Nanti cahaya ceritakan kepada korang suma keadaan kat sana tAu.. kalau bab OLE-OLE tu.. i'Allah kalau rezeki banyak, ada la untuk korang.. Tapi xjanji, Al-Maklumlah, fulus pun makin mAHfuz sekarang ni...hehe..ok lah, Cahaya nak buat kerja dulu..jumpa lagi lepas Cahaya balik daripada Aceh ye.. Kat sini Cahaya nak tinggalkan banner yang bakal cahaya hantar ke kedai nanti..
doakan kami "selamat pergi dan balik"

Tuesday 1 November 2011

AUKU tak bercanggah Perlembagaan: Pakar


Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
2011/11/01


KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan dan pengamal undang-undang menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak bermakna akta berkenaan tidak sah atau bercanggah sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, ia hanya membabitkan peruntukan yang melarang penuntut universiti menunjukkan sokongan, menyatakan rasa simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik, di dalam atau luar negara.Pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata keputusan itu memberikan gambaran bahawa mahkamah melaksanakan tanggungjawabnya untuk membuat tafsiran terhadap undang-undang berdasarkan prinsip menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.


“Kita raikan keputusan ini kerana AUKU itu sendiri mempunyai banyak persoalan mengenai sama ada pelajar universiti boleh menyertai politik, berpersatuan atau memberikan pendapat mereka (kebebasan untuk bersuara) seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan (menerusi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan). 

“Perkembangan ini menunjukkan bahawa mahkamah mengiktiraf hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, di mana mahkamah membuat tafsiran ke atas undang-undang berkenaan berasaskan prinsip menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan selepas permohonan mengenai perkara itu dikemukakan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mencabar peruntukan 15(5)(a) AUKU selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil di kawasan itu April tahun lalu. 


Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan UKM di bawah peruntukan AUKU tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang serta mencabarnya di mahkamah kerana bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Shamrahayu juga berkata, kerajaan masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan itu yang dianggap bersejarah dan bakal menjadi nas undang-undang dalam kes berkaitan. 
Pengamal undang-undang, Datuk Hafarizam Harun pula berkata keputusan mahkamah itu menunjukkan perkembangan undang-undang lazim (common law) di negara ini progresif.

“Saya lihat keputusan ini secara tidak langsung menunjukkan pemisahan kuasa yang jelas antara badan eksekutif, kehakiman dan perundangan negara. Walaupun undang-undang itu digubal di Parlimen tetapi ia masih boleh dikaji badan kehakiman dengan meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai asasnya,” katanya.