Tuesday 20 March 2012

20 mac 2012

ya Allah ya Tuhanku..
Lindungilah aku daripada berhasad dengki,
Tetapkanlah imanku,
Kuatkanlah ketabahanku,
Janganlah Engkau dekatkan aku dengan perasaan kecewa..

ya Allah ya Tuhanku..
KAU berilah kesabaran yang tinggi kepadaku,
Elakkanlah aku daripada mempunyai sifat buruk sangka kepada setiap ujianMU,
Jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak diredhaiMU,
Berikanlah aku PetunjukMU..

ya Allah ya Rabb Izzati..
Cegahlah aku daripada terus mendekati perkara-perkara yang lagha,
Ingatkan daku akan kebesaran dan kekuasaanMU,
Bukakanlah pintu hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMU,
Hindarkan daku dari berterus-terusan berperasaan kecewa..

Amin ya Allah, Amin ya Rabb Alamin..

Monday 19 March 2012

segalanya telah TERSURAT

Ya aku percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. Memang benar kata pepatah Nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapa. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, ikutkan kata hampa.. Jadi apa yang boleh kita buat? Kita hanya perlu bersabar. Mana cukup dengan berSABAR tetapi berSYUKURLAH. Ya, bersyukurlah! Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.


semoga beroleh M.A.N.F.A.A.T =D

Saturday 17 March 2012

Tentang Rasa


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Ada apa dengan rasa ini ya? Adakah ianya hanya sekadar kebetulan atau telah tersurat ? Mengapa hatiku rasa sangat berdebar ya? hey! Aku keluar kejap untuk ke rumah kawan la, tapi kenapa perlu berdebar? Ermm. takpe, teruskan je perjalanan itu. Bukan jauh pun rumah kawan tu, takpe je kalau jalan sorang-sorang. Bila melalui tepi-tepi kaki lima, aku terlihat classmateku sedang rancak berborak. Seperti biasa aku akan menyapa sesiapa sahaja yang dikenali jika hendak kemana-mana. Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang dikenali. Eh~ kenapa dia ada kat sini juga? Soalku di dalam hati. Mungkinkah debaran yang ku rasakan tadi adalah kerana aku akan bertemu dengannya setelah hampir seminggu tidak bertembung dengan dia? Tetapi mengapa aku rasa berdebar dulu sebelum terlihat dia? Mungkinkan ini adalah kebetulan? Ya Allah! Aku dambakan PetunjukMU Ya Rabb! Janganlah Engkau bolak-balikkan hati hambaMU ini dengan dugaan yang mendebarkan aku Ya Rabb! Semoga aku akan lebih tabah dan kental dalam mengharungi hari-hari mendatang jika aku tahu dia akan lebih bahagia dengan teman pilihannya.



Friday 16 March 2012

Pasal Kahwin lagi =_=


Macam nak menangis je tengok gambar-gambar dan blog rakan-rakan yang dah kahwin. Realiti kini, makin dewasa, pemikiran pon banyak fikir pasal nak bercinta dan berkahwin. Oh! bahagianya mereka yang dah berkahwin~! Jealous okeyh! Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Ramai kawan-kawan aku yang sudah berkahwin ni baik-baik belaka. So, rezeki mereka semua mendapat pasangan yang soleh juga~ Ada yang dah mengandung. Ada juga yang sudah bersalin.. Ya Allah, cemburunya aku.. Apakan daya, jodoh mereka lebih cepat sampai. Semoga mereka bahagia sehingga ke syurga.. Ya Allah, kurniakanlah aku pasangan yang beriman. Yang mampu mendidikku menuju kejalan yang diredhaiMU. Tak mengapa dayah, sekarang masa belajar. Tunggu kerja dan dapat membantu mak dan abah dulu barulah fikir pasal kahwin ye~ Sabar itu indah.. Bersyukurlah kerana Allah menguji diriku supaya aku mampu bertahan dan redha menempuhi cabaran dan ujian yang telah ENGKAU beri padaku..


kerana CINTA itu INDAH

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu..
Pasti suatu ketika kita akan bertemu..
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu..
Walau dekat selalu, KAU tetap tidak akan menjadi kepunyaanku...

Cerita seorang pakcik semasa kami dalam perjalanan ke Teluk Intan untuk membuat pasport. Kata Pakcik tu " Jodoh kita ni dah ditentukan daripada kita dalam rahim ibu lagi. Tentang jodoh, hidup mati kita, rezeki kita, semua Allah telah aturkan. Rancangan yang telah Allah tetapkan kepada kita ni memang dah elok sangat dah. Haa, berbalik pasal jodoh tadi. Pakcik nak tanya kamu la " Agak-agak kenapa ada perempuan atau lelaki yang tak kahwin-kahwin sampai tua.?"
 Ermm.. aku dengan kawan aku ni cakap la "dia orang tu tak sampai jodoh lagi kot"
Pakcik ni balas  " Allah dah tentukan jodoh kita daripada kita dalam rahim ibu lagi kan? so, kalau kita  tak jumpa-jumpa juga jodoh kita, itu bermakna jodoh kita sudah meninggal sebelum kita lahir"
Hahaha,.. terus kami tergelak. Pandai bergurau la pula pakcik ni.. Tapi bila aku fikir-fikir balik, macam boleh pakai juga idea pakcik ni kan.. Haaa, Apa pendapat korang pulak.?? =D