Monday 31 December 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH (:

..."dah tu kau tu ada PAKWE ke?"... 
..." PAKWE pon takde, ayat macam PUTUS CINTA je..."
...." yeke takde PAKWE?..."
 # soalan-soalan nilah yang selalu ditanya kepada aku..

PAKWE? BUAH HATI? BOYFRIEND? 
sama je semua tu..
Nape? Ingat aku ni tak laku sangat ke?
eh.. kalau nak cari PAKWE tu sekarang pon boleh la..
antara nak atau tak nak je.. bukan nak cakap besar..
yang nak kawan dengan aku ramai je.. kalau aku layan sikit.. kompem la boleh pergi jauh..
Tapi aku je TAK NAK...
SEBAB apa?
sebab aku tak suka nak main-main!


.."Bukan kekasih atau buah hati yang dicari.. tetapi SUAMI bagi mendidik diri.." status yang pernah aku update dalam FACEBOOK.. 

aku nak SUAMI.. tapi bukan sekarang sebab aku tak rancang nak kahwin sekarang.. aku nak kahwin 3 tahun lagi.. in shaa Allah, kalau diizinkanNYA.. jadi perlu ke aku nak beria-ria nak cari PAKWE sekarang..?


cukuplah aku pernah menyintai dulu.. dalam ketidakmatangan aku.. aku minta PUTUS.. mungkin itu tudah tertulis.. mungkin itu juga yang TERBAIK buat aku.. even dah putus.. sampai sekarang kitaorang ok lagi.. ok lah tu kan.. kenapa aku tak dapat PENGGANTI..? Adakah kerana aku masih MENANTI...? BIARLAH RAHSIA... segala ketentuan aku letak ditanganNYA.. TAPI aku berharap ada JALAN yang terBAIK buat kami berdua :)..

#HAPPY NEW YEAR UOLS..
#2013 ^^

Sunday 4 November 2012

90 hari sebagai KAUNSELOR PELATIH

ASSALAMUALAIKUM..

Hi kawan-kawan! Lama tak bersua di sini ye.. Maklumlah, Cik Cahaya sibuk sikit 4 bulan lepas sebagai pendidik di SMK Syeikh Abdul Ghani. Setelah 4 bulan bergelar kaunselor pelatih, akhirnya Cik Cahaya dapat tamatkan jua internship kaunseling. Pelbagai cabaran dan rintangan dilalui yang menghaslkan 1001 kenangan manis, masam, masin tak kurang juga yang pahit. Pelbagai rasa kan? Barulah seronok dijadikan kenangan terindah. Orang kata tanpa ujian dan dugaan hidup membosankan. Jadi just accept it as a cabaran yang akan mematangkan kita.. 

Apa yang seronok sangat jadi kaunselor pelatih ni? Macam-macam perasaan ada, takkan sedih je kan? Mesti ada seronoknya juga! Antaranya ialah dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah. Tak kiralah masalah apa pun contohnya akademik, remaja, keluarga, peribadi dan lain-lain. Seronok tau kalau kita tolong orang dengan hati yang ikhlas. Selain perlu memenuhi kehendak universiti dalam menjalankan sesi kaunseling selama 20 jam untuk kaunseling kelompok dan 45 jam untuk kaunseling individu, Cik Cahaya dapat menambahkan pengalaman sebagi kaunselor tau.

Ingat kaunselor ni just buat sesi kaunseling ke? Oh tidak! Pelbagai Program kami jalankan sepanjang bergelar kaunselor pelatih ni. Tapi program yang biasa-biasa ajelah. Kami tak hebat, jadi buat mengikut kemampuan diri je. Walaupun pelbagai program kami jalankan, tetap ada cikgu-cikgu yang cakap kaunselor tak ada kerja! Perh, sedap je dia orang cakap kan. Orang tak kan tahu apa tugas sebagai kaunselor ni sebab dyorang bukan kaunselor. Memang telan saja apa orang sekeliling cakap, janji kita boleh siapkan semua tugas sebagai kaunselor pelatih.

Masuk Air
Paling best time internship kaunseling ni, Cik Cahaya jatuh sakit tau. Pukul 4 pagi kepala berdenyut-denyut menahan kesakitan pening kepala. Pagi tu minta izin pengetua nak pergi klinik. Tekanan darah RENDAH! Habis kena masuk air 1 liter. Tak pernah-pernah sakit sampai macam ni.. Ni namanya musibah yang tak diduga. haa,  Jarum dia punyalah besar, sakit kot kena cucuk. Memangg tak nak kena cucuk lagi. Heee.. Jadi kenalah jaga kesihatan kan kalau tak nak kena masuk air dengan menggunakan jarum yang besar tu. Bersenam paling penting biar jantung sihat tanpa gangguan. Hee. 

Sudahlah malas nak cakap banyak lagi. Nak STOP sini dulu. Heee.. Ada masa jumpa lagi
p/s: ayat rojak campur baur..

Gambar-gambar sepanjang INTERNSHIP KAUNSELING
 (masukkan sikit je) ehek..

ni Cik Cahaya yang lukis. sampai jatuh longkang..ehekk

ni mural cikgu praktikal buat..
 
jd model jup..

masa kayuhan muhibbah 1 malaysia

ni housemate2 ku yg comey

11 0rang cikgu praktikal. perempuan semuanya..

my partner. Pn. Nur Qurratu' Aini

Saturday 4 August 2012

line HANGAT

HAH...BARU SYOK CH NAK UPDATE CAMNI..
LINE PENUH TUH
MEMANG SYOOKK
YEAHAAA
OK, NAMPAKNYA CH DAH LAMA KETINGGALAN NI
GENG2 HANGAT TAHI UNTA (EMI &AYU)
SEMUA DAH BANYAK ENTRY DYORG UPDATE
XMENGAPA
HARI INI
SAAT INI
KETIKA INI
CH PUN AKAN UPDATE BLOG JUGA
TUNGGU LAH KORANG
CH AKAN CERITA 
& UPLOAD GAMBAR
DALAM BLOG NI
SEPANJANG CH JADI CIKGU 
DI SMK SYEIKH ABDUL GHANI
KISAH HATI CH
KISAH SUKA DUKA CH
DAN PERSOALAN2 YANG BERMAIN DI MINDA CH
OK
WAIT AND SEE YA ;D

Monday 30 July 2012

benci tapi mahu

uwarghhh...
mane boley jadi ni...
geng-geng blogger CH sumer dah update blog dyorg...
sori la geng...
CH tak dapat nak update blog la...
kerana beberapa kekangan...
antaranya ialah:
1- ketiadaan wireless yg laju di rumah
2- kekangan masa sebab masa yg ada adlh untuk membuat report kaunseling yg bnyak tu..
3- nak kumpul banyak2 cerita..ecccaaa~~~
hahaha...
xpe... nanti CH update blog banyak2 pas praktikal nanti...
tunggu ye geng :)

Friday 15 June 2012

LAST BUT NOT LEAST

HARI NI PAPER CIK CAHAYA YANG TERAKHIR
MOHON DOA KAWAN-KAWAN YER
ESOK CIK CAHAYA AKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN
JOHORKU YANG TERCINTA
UNTUK BEBERAPA HARI SAHAJA DI SANA
KEMUDIAN
AKAN KEMBALI SEMULA KE PERAK
UNTUK MENERUSKAN 
MISI
VISI 
DAN 
STRATEGI 
YANG INGIN DICAPAI
KAUNSELOR PELATIH 
BAGI INTERNSHIP KAUNSELING
DOAKAN KEJAYAAN SAYA ;)

Thursday 7 June 2012

SEMALAM & HARI INI

HAI SEMUA
CIK CAHAYA TAK SEMPAT NAK UPDATE BLOG SEMALAM
ADA YANG RINDU CIK CAHAYA TAK?
HEHEHE
(Perasan jaP)
SEMALAM CIK CAHAYA ADA BANYAK AKTIVITI LA
PAGI SIAPKAN TESIS 
LEPAS SIAP TERUS PRINT AND JUMPA DR. NASIR
CIK CAHAYA NAK DR. SEMAK DULU
NAK DAPAT FULL MARK KATA KAN ;)
CIK CAHAYA KE KAMPUS BARU DENGAN CIK ANA
NI LA CIK ANA;)
YANG PENTING LEPAS KAMI JUMPA DR. 
KAMI HAPPY ;D
BERSAMA KAMI JUGA ADA JEJAKA HANDDSOIMM
HAHA
NAMPAK TEPI JE
DIA MALU ;P
TGK, BAHAGIA JE CIK ANA NI

YEAY, DR. NASIR ADA LAH ;)
PETANG TU CIK CAHAYA MELAWAT SEKOLAH
SMK SHEIKH ABD GHANI, BIDOR, PERAK
WAHH, EXCITED KOT
YELAH KEPUTUSAN KELUAR LAMA DAH
TAPI BARU NAK MELAWAT
ADA KE PATOT
TAK KESAHLAH KAN~~
DARIPADA TANJONG MALIM
TERUS AJE JALANNYA
TERUS JUMPA SEKOLAH TEPI JALAN ;)
ALHAMDULLILLAH
KAMI MASUK DALAM PAGAR
(guard tidor)
SO KAMI MASUK JELA

NI LAH SEKOLAH PRAKTIKUM CIK CAHAYA
LEPAS TANYA GUARD
(dia dah bangun tidur, cik cahaya kejut)
CIK CAHAYA TANYA KUATERS GURU KAT MANA
LEPAS TAU JALAN
CIK CAHAYA TERUS CARI KUATERS TU
ALHAMDULLILLAH JUMPA
HA.. NI LA TEMPAT CIK CAHAYA AKAN MENGINAP NANTI

CIK CAHAYA DUDUK TINGKAT DUA ;D
LEPAS HANTAR BARANG SIKIT
CIK CAHAYA PERGI JALAN KE IPOH
SAJE JALAN-JALAN
PUSING-PUSING
(sbb tak tau jalan)
PUKUL 9 KAMI OTW BALIK TANJUNG MALIM
SAMPAI KOLEJ
CIK CAHAYA TERUS PENGSAN =_=
HHEHEHE

TAPI CIK CAYAHA BANGUN AWAL.
PUKUL 5.30 CIK CAHAYA DAH BANGUN HARI NI
BETULKAN PROPOSAL SEMALAM
DAN AKHIRNYA SIAP
CIK CAHAYA PUAS
AKHIRNYA USAHA BERBALOI

Wednesday 6 June 2012

ANDAI ITU TAKDIRNYA

WAH TAJUK AKU
BUKAN MAIN LAGI KAN
HEHEHE
AKU TERPANGGIL UPDATE BLOG NI SEBAB EMI LAH NI
DIA BOLEH KOMEN KAT FACEBOOK AKU
BLOG?
HAA, APE LAGI
AKU PUN UPDATE LA
(EVEN BUSY SIAPKAN PROPOSAL)
HIHIHI
UPDATE BLOG + DENGAR SURIA FM
PEHH, MASYHUK~~
APE YANG AKU BUAT PAGI NI?
BANGUN PAGI-PAGI
AKU TERUS TENGOK HP
SEBAB APA?
AKU MATIKAN ALARM LA
HEHE
PASTU TENGOK ADA KELIP-KELIP LAMPU HIJAU TAK?
EH, ADA LA
ADE MESEJ LETTUW
SAPE LAH YANG MESEJ AK EK?
BERTUAH BETUL
HIHI
UPSS, RUPANYA "musuh" AKU
SUH KEJUT TIDUR 
(DIA NAK EXAM)
OK, AKU CALL DIA SEBAB TAKUT DIA XBANGUN
(ISH, ASAL AKU CARE KAT musuh AKU NI?)
XPELA..KAWAN KAN..
(padahal suka je ^^)
SETAKAT TU JE, 
PAS KEJUT DIA
AKU SOLAT SUBUH

PAGI TU DALAM KUL 10
AKU PI LIBRY
NAK SIAPKAN PROPOSAL KATANYA
TAPI DAPAT BUAT 2 MUKA SURAT JE
HOKKEY LA TUH KAN? HIHI
SEBAB AKU PI HEP JAP
ADA URUSAN ;)

INI MAKAN DIA ;)
PUKUL 2 AKU MAKAN TENGAHARI
MAKAN KFC KOT
MEMBER NI HA
MENGIDAM
HEHEHE
PAS MAKAN
AKU BALIK RUMAH
MANDI
SOLAT ZOHOR
DAN ON LAPTOP ;p

KAT UMAH AKU TERUS SAMBUNG SIAPKAN PROPOSAL
SAMPAI LAH SEKARANG
SAMBIL BUAT PROPOSAL + CHATTING + LAYAN SURIA FM
HEHEHE
ADA SORANG MEMBER LAMA AKU CHAT
DIA TANYA AKU PI KE KONSERT KPOOP ARITU
AKU CAKAP LA
AKU XTAU TU KPOOP
AND AKU TAK TENGOK PON ;)
DIA NASIHATKAN JANGAN PERGI KONSERT MACAM TU
TERIMA KASIH KAWAN
MASIH ADA YANG SAYANG AKU RUPANYA
SEBAB TU LAH DIA NASIHATKAN AKU
PASTU DIA CAKAP AKU NI DALAM MOOD CINTA KE?
ISH, MANE ADA
AKU NI SINGLE AND AVAILABLE LA
DY KATE DULU BUKAN AKU DAH couple KE?
AKU CAKAP LAH 
DAH putus
LAMA dah
DIA KATA BILA AKU NAK KAHWIN?
MACAM MANA NAK KAHWEN KALAU JODOH TAK SAMPAI LAGI?
AKU KATA LA
AKU NI perempuan
MALAS NAK CARI-CARI NI
TUNGGU ORANG MASUK meminang JE ;P
PASTU DIA KATA
(KALAU AKU MASUK MINANG BOLEH?)
AKU CAKAP LA
KALAU KO gentleman + cool
DATANG LA
DY KATA
(AKU PANTANG DICABAR)
AKU KATA LAGI
OK, AKU NAK TENGOK
(HAHAHA, PADAHAL AKU DAH TAU, DIA NI poyo JE LEBIH)
TIBA-TIBA AKU TERFIKIR
MACAM MANA KALAU ADA ORANG 
DATANG MASUK MEMINANG AKU TIBA-TIBA
AKU NAK TERIMA KE?
AKU BOLEH KE MENIKAH 
DENGAN ORANG YANG AKU TAK cintai?
TAPI TAK MUSTAHIL KAN
CINTA BOLEH DIBINA+DIPUPUK
CINTA LEPAS NIKAH
OHSEMM
INSYA'ALLAH
AKU MAHUKAN CINTA YANG HALAL
LOVE AFTER NIKAH ;)
SEMOGA mimpi DAN ANGAN-ANGAN NI
JADI KENYATAAN
WAHH
LIKE LIKE LIKE <3



Monday 4 June 2012

SEUNGU HARI INI

Ehh, boleh pulak tugar se'UNGU' hari ini kan
bukan ke lagu ni seBIRU hari ini?
eh, suka hati aku lah kan..hihihi
UNGU means,
Pagi ni aku exam pakai tudung colour UNGU
hehehe
kan UNGU ni
siap berSIAP awal nak ke exam ;D


cerita pasal exam
Alhamdullillah,
Aku dapat jawab dengan konfidennye
Even bace buku pun nak tak nak je kan
Hahaha
Tapi ok lah
dengan USAHA yang sederhana ni
aku dapat JAWAB SEMUAnya ;)

Sekarang aku kena pulun pulak
Pulun ape?
Aku kena siapkan proposal daa~
Aku biarkan dia terkapai-kapai seorang diri
Disaat aku MENYIBUKKAN diri
sibuk dengan hape?
SIBUK STUDY LAST minute lahh
hahaha

kepada KAWAN-KAWAN yang ada exam esok, lusa dan tulat
GOOD LUCK ye
Aku ada EXAM balik 9 hb ni
Insya' Allah sempat siapkan proposal
Lagipun PROPOSAL aku ni
berkaitan dengan KAEDAH DALAM PENYELIDIKAN gak
subjek EXAM aku sabtu ni
SO
Takde hal la kalau nak STUDY 2 in 1 ;p


hal GEMBIRA aku lagi hari ni
aku boleh tinggalkan barang-BARANG aku yang banyak ni
kat Kolej ni lagi (KHAR)
Wahh~~
tetiba rasa
(UNTUNGLAH)
jadi MPP
TAPI
time kena buat banyak benda
bukan main fikir
(kenapalah aku JADI MPP)
tapi bila FIKIR balik
berSYUKUR juga jadi MPP
BANYAK perkara baru aku BELAJAR
THANKS MPP
Muah..muah.. huhu

Sunday 3 June 2012

SENYUM RAGAKU

  HI KORANG..
 APA KHABAR? 
NAK TAHU TAK?
 PAGI NI AKU TERSENYUM SORANG-SORANG TAU
SEBAB APE? HIHI
KISAHNYA MACAM NI
ADA SORANG KAWAN AKU NI MESEJ SURUH BUKA BLOG DIA
PASTU AKU REPLY
 ( AKU TAK ONLINE MALAM NI, NAK STUDY KATANYA )
CEYH, POYO TAK AKU?
SETENGAH JAM PASTU 
AKU TERFIKIR
APA DIA POST EK?
HAA.. MULALAH DUK KALUT NAK BUKA TABLET GALAXY SAMSUNG AKU TUH 
(CEYH, BELAGAK GILAK)
HAHA, XDERLA
AKU MALAS NAK ON LAPTOP..
OK, SAMBUNG CERITA
MACAM SORANG KAWAN AKU NI
EMI NAMANYA
DY KATA SEKARANG NI BILA ONLINE DY AKAN JENGUK BLOG DY DULU
PASTU BARU DY JENGUK MUKA BUKU DY
WAH, COOL LA BEB
AKU PUN TANPA DISEDARI
MALAM TADI LA
AKU BUKAK BLOG JE
 (TAPI SEBAB NAK BACA ENTRY KAWAN AGAKNYA ;P)
WAA.. SERONOK TAU BACA STORY DYORG
JELES WEHH
BEST SANGAT CERITA DYORG
EMI AKU SUKA DY TULIS PASAL SI KECIK
AYU DY TULIS PASAL CINTA HATI DY
(DYORG JELA BARU UPDATE)
SO, PAGI NI AKU TERPANGGIL UNTUK  UPDATE BLOG AKU 
(CEYH)
TAPI KISAH AKU TAK SAMA MACAM DYORG
MANUSIA KAN ADA KISAH TERSENDIRI KAN
ADA YANG BAHAGIA JE
ADA YANG DUKA
ADA YANG NATURAL 
AKU PLAK AMBIL JALAN MUDAH 
JADIKAN BLOG TEMPAT AKU MUNTAHKAN APA YANG AKU RASA
SECARA KIASAN
AKU XBOLEH NAK BERTERUS TERANG SANGAT (MALU)

OK, SEMALAM AKU STUDY KAT LIBRY
SAMPAI-SAMPAI LIBRY
LIBRY TUTUP DA
KUCIWA BEB
ALAMAK LUPA PLAK
CUTI UMUM LA HARI NI
(SEMPENA MENYAMBUT AGUNG)
TAPI XPE
NIAT MEMANG NAK STUDY KAN
SO, AKU STUDY BAWAH POKOK 
(DEPAN SITC)
SEMANGAT KAN STUDY..
DENGAN KENGKAWAN YANG LAIN
SEBELUM KE LIBRY TU
AKU ADA SIAPKAN SESUATU
UNTUK KAWAN-KAWAN AKU
AKU LETAK KAT DALAM BOX UMAH DYORG
SAJA JE SEBAGAI KATA SEMANGAT UTK DYORG 
YELAH NAK EXAM KAN
GOOD LUCK KORANG
KORANG BERUNTUNG
SEBAB AKU SAYANG KORANG TAU
IKHLAS DARI HATI NI
SAYANG SANGAT ;)


OK, AKU PON ADA EXAM ISNIN NI
PASTU 9 JUN PLAK
PAPER KETIGA 12 JUN
PAPER LAST 15 JUN
(MULA PALING AWAL, HABIS PALING LAST KOT)
NAK BUAT CANE
REDHA JELA
(PSstt: DOAKAN AKU YEP ;)

BULAN 6 NI
BANYAK JUGA EVENT BESAR AKU
1ST- AKU EXAM
2ND- AKU PRAKTIKAL
 (CUAK LA PLAK)
3RD- BIRTHDAY AKU
(BESTNYER KALAU ADA ORANG SAMBUT, RASA DIHARGAI GITEWW)
TAPI, SAPE JELA YANG AKAN INGAT AKU KAN
XPE REDHA JE
SENYUM ;)

Thursday 31 May 2012

AKU DAN KHAYALANKU

SERONOK JE BACA ENTRY KAWAN,
DIA PANDAI BERCERITA DAN CERITANYA MENARIK..
SORI EMI, AKU TRY TIRU 
 CARA PENULISAN DAN GAYA BLOG KO (HEHEHE)
AKU NAK JADIKAN BLOG TEMPAT AKU SHARE APA YANG AKU RASA
BOLEH TAK?
IKUT SUKA HATI AKULAH KAN? HIHI
ERMM, SENYUMAN DAN AKU?
ADA SEORANG LECTURE NI CAKAP KEKUATAN AKU
ADALAH PADA SENYUMAN..
TAPI AKU SEDAR, 
DISEBALIK SENYUMAN INI ADA SESUATU
 YANG MENGGANGGU FIKIRAN DAN PERASAAN AKU..
AKU NI SEORANG MANUSIA YANG LEMAH,
PUNYAI PERASAAN SEPERTI MANUSIA BIASA,
CUMA YANG MEMBEZAKAN AKU DAN MANUSIA LAIN IALAH
KHAYALAN YANG CUBA AKU CIPTAKAN..
TENTANG AKU DAN DIA..
AKU SEDIH, AKU GEMBIRA
AKU TAK TAHU NAK CERITA PADA SIAPA..
YANG AKU MAHU, SEGALANYA SELESAI DENGAN SEGERA
TAPI AKU TAK TEMUI JALAN PERMULAAN KEPADA PENYELESAIAN MASALAH TU
AKU TAK KUAT!!
TATKALA AKU TERFIKIRKAN TENTANG DIA
 DADAKU SEBAK
OTAKKU BEKU
URATKU TEGANG
KENAPA??
WALAUPUN AKU SEDAR AKU BUKANLAH SIAPA-SIAPA 
TAPI AKU JUGA MANUSIA BIASA
DULU AKU TAK BERNIAT UNTUK MELUPAKAN DIA
DAN BUKAN MUDAH UNTUK MELUPAKANNYA
TAPI KINI AKU AKAN SEDAYA UPAYA UNTUK MELUPAKANNYA
AKU PERLUKAN KEKUATAN
AKU AKAN BERUSAHA SEDIKIT DEMI SEDIKIT 
AGAR AKU DAPAT MEMENUHI SEGALA APA YANG AKU RANCANGKAN
SEGALA PERANCANGAN YANG DIBUAT ADALAH DENGAN KEIZINAN-NYA
SEMOGA DIA MEMBERIKAN PETUNJUK DAN KEKUATAN KEPADA DIRIKU

Monday 28 May 2012

ANDAI KAU TAHU

FAKTA vs AUTA

Andai kau tahu aku benci kau
Andai kau tahu aku menyampah kat kau
Andai kau tahu aku tak suka kau
Andai kau tahu aku tak nak tengok lagi muka kau

TAPI 

Aku tahu kau tak tahu
Aku tahu kau tak mengerti
Aku tahu kau tak memahami
Aku tahu kau tak merasai

AKU NAK KAU TAHU

Aku suka kau
Aku rindu kau
Aku sayang kau
Aku cinta kau

TAPI AKU LEBIH INGIN KAU TAHU

Aku lebih suka tengok kau bahagia
Aku lebih rela kehilangan kau
Aku lebih redha kau tak muncul dalam hidup aku
Aku lebih gembira kalau kau katakan perkara sebenar

KETAHUILAH

Menyayangi bukan bererti memiliki
Memiliki bukan bererti ikut kehendak hati

JADI

Aku ingin cuba untuk melepaskan kau pergi
Pergi mendapatkan orang yang boleh membahagiakan kau
Orang yang boleh membuatkan kau tersenyum selalu
Orang yang mampu menjadi pendorong hidupmu

Tuesday 15 May 2012

KEHILANGAN vs PENAWARNYA =)

aSSAlamualaikum cinta =)

Cinta? Haa, dalam diam rupanya aku dah jatuh cinta rupanya.. Ish..ish.. takde la, aku memain je. hehe =)
Entry aku pada kali ni nak cakap pasal kehilangan sesuatu dan berusaha mencari PENAWARNYA. Haa, apa yang dikatakan kehilangan dan penawar tu ye? Haa, teruskanlah membaca ye.. peace =p

Bercakap pasal kehilangan ni, sukalah aku memperingatkan diri sendiri supaya sedar bahawasanya ujian Allah itu ada hikmahNYA. Allah hilangkan sesuatu daripada diri kita, DIA pasti akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik kan =).. Kat sini aku tak nak bercerita apa yang telah hilang, tetapi nak cerita tentang ape yang aku dapat sebagai penawarnya..

Aku dapat balik kawan-kawan aku =) Syukur, Alhamdullillah =D.. Tapi kalau nak cakap pasal kawan ni, kadang-kadang aku sedih gak.. Sebab ape? Haa, tengok ayat aku kat gambar bawah ni...
Tapi tak kesah la ape yang korang rasa.. Yang penting, aku akan Sayang korang dan takkan lupa korang sampai bila-bila.. InsyaAllah =)

t
kawan sejati itu ibarat air .. walaupun dicincang, ianya tidak akan putus =)


Sunday 13 May 2012

PELANGI INDAH =)

Aku mahu yang indah-indah sahaja.. Segalanya terletak ditangan kita. Ya, memang benar kalau Allah menentukan segalanya. Tapi kita perlu merancang yang baik-baik juga kan? So, kita perlu sentiasa berfikiran positif agar segalanya baik dan indah belaka ;)


Tuesday 20 March 2012

20 mac 2012

ya Allah ya Tuhanku..
Lindungilah aku daripada berhasad dengki,
Tetapkanlah imanku,
Kuatkanlah ketabahanku,
Janganlah Engkau dekatkan aku dengan perasaan kecewa..

ya Allah ya Tuhanku..
KAU berilah kesabaran yang tinggi kepadaku,
Elakkanlah aku daripada mempunyai sifat buruk sangka kepada setiap ujianMU,
Jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak diredhaiMU,
Berikanlah aku PetunjukMU..

ya Allah ya Rabb Izzati..
Cegahlah aku daripada terus mendekati perkara-perkara yang lagha,
Ingatkan daku akan kebesaran dan kekuasaanMU,
Bukakanlah pintu hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMU,
Hindarkan daku dari berterus-terusan berperasaan kecewa..

Amin ya Allah, Amin ya Rabb Alamin..

Monday 19 March 2012

segalanya telah TERSURAT

Ya aku percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. Memang benar kata pepatah Nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapa. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, ikutkan kata hampa.. Jadi apa yang boleh kita buat? Kita hanya perlu bersabar. Mana cukup dengan berSABAR tetapi berSYUKURLAH. Ya, bersyukurlah! Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.


semoga beroleh M.A.N.F.A.A.T =D

Saturday 17 March 2012

Tentang Rasa


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Ada apa dengan rasa ini ya? Adakah ianya hanya sekadar kebetulan atau telah tersurat ? Mengapa hatiku rasa sangat berdebar ya? hey! Aku keluar kejap untuk ke rumah kawan la, tapi kenapa perlu berdebar? Ermm. takpe, teruskan je perjalanan itu. Bukan jauh pun rumah kawan tu, takpe je kalau jalan sorang-sorang. Bila melalui tepi-tepi kaki lima, aku terlihat classmateku sedang rancak berborak. Seperti biasa aku akan menyapa sesiapa sahaja yang dikenali jika hendak kemana-mana. Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang dikenali. Eh~ kenapa dia ada kat sini juga? Soalku di dalam hati. Mungkinkah debaran yang ku rasakan tadi adalah kerana aku akan bertemu dengannya setelah hampir seminggu tidak bertembung dengan dia? Tetapi mengapa aku rasa berdebar dulu sebelum terlihat dia? Mungkinkan ini adalah kebetulan? Ya Allah! Aku dambakan PetunjukMU Ya Rabb! Janganlah Engkau bolak-balikkan hati hambaMU ini dengan dugaan yang mendebarkan aku Ya Rabb! Semoga aku akan lebih tabah dan kental dalam mengharungi hari-hari mendatang jika aku tahu dia akan lebih bahagia dengan teman pilihannya.



Friday 16 March 2012

Pasal Kahwin lagi =_=


Macam nak menangis je tengok gambar-gambar dan blog rakan-rakan yang dah kahwin. Realiti kini, makin dewasa, pemikiran pon banyak fikir pasal nak bercinta dan berkahwin. Oh! bahagianya mereka yang dah berkahwin~! Jealous okeyh! Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Ramai kawan-kawan aku yang sudah berkahwin ni baik-baik belaka. So, rezeki mereka semua mendapat pasangan yang soleh juga~ Ada yang dah mengandung. Ada juga yang sudah bersalin.. Ya Allah, cemburunya aku.. Apakan daya, jodoh mereka lebih cepat sampai. Semoga mereka bahagia sehingga ke syurga.. Ya Allah, kurniakanlah aku pasangan yang beriman. Yang mampu mendidikku menuju kejalan yang diredhaiMU. Tak mengapa dayah, sekarang masa belajar. Tunggu kerja dan dapat membantu mak dan abah dulu barulah fikir pasal kahwin ye~ Sabar itu indah.. Bersyukurlah kerana Allah menguji diriku supaya aku mampu bertahan dan redha menempuhi cabaran dan ujian yang telah ENGKAU beri padaku..


kerana CINTA itu INDAH

Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu..
Pasti suatu ketika kita akan bertemu..
Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu..
Walau dekat selalu, KAU tetap tidak akan menjadi kepunyaanku...

Cerita seorang pakcik semasa kami dalam perjalanan ke Teluk Intan untuk membuat pasport. Kata Pakcik tu " Jodoh kita ni dah ditentukan daripada kita dalam rahim ibu lagi. Tentang jodoh, hidup mati kita, rezeki kita, semua Allah telah aturkan. Rancangan yang telah Allah tetapkan kepada kita ni memang dah elok sangat dah. Haa, berbalik pasal jodoh tadi. Pakcik nak tanya kamu la " Agak-agak kenapa ada perempuan atau lelaki yang tak kahwin-kahwin sampai tua.?"
 Ermm.. aku dengan kawan aku ni cakap la "dia orang tu tak sampai jodoh lagi kot"
Pakcik ni balas  " Allah dah tentukan jodoh kita daripada kita dalam rahim ibu lagi kan? so, kalau kita  tak jumpa-jumpa juga jodoh kita, itu bermakna jodoh kita sudah meninggal sebelum kita lahir"
Hahaha,.. terus kami tergelak. Pandai bergurau la pula pakcik ni.. Tapi bila aku fikir-fikir balik, macam boleh pakai juga idea pakcik ni kan.. Haaa, Apa pendapat korang pulak.?? =D

Saturday 21 January 2012

TENTANG DIA


Entry kali ni bertajuk tentang dia. Dia tu siapa ye? Dia adalah seorang yang aku sayang. Bila dia tiada aku akan merindui dia. Bilaku berduka akan ku cari dia. Dia adalah seorang manusia. Dan kalau dia sedih pun, dia akan cari aku..hehe.. Baru-baru ni, aku dapat hadiah... Waa~ hadiah? Siapa yang tak nak hadiah kan..hehe taraa.. ni semua apa yang aku dapat. ada lagi satu, tapi lupa nak amik gambar..peace ^^ hehe 
ni la hadiahnya.. kotak dia punya lah besar kan.. tapi ni xnampak besar sebab ambil gambar dari sudut atas. But, kotak bukan segalanya..Yang penting i really-really appreciate it friend..

i love u too.. thanks for being my friend


 i love star too much.. terima kasih untuk citarasa kita yang sama ni =)

tisu? kenapa tisu? walaupun nampak simple, tapi bagi aku, dia bagi tisu sebab dia xnak aku bersedih. Kalau bersedih pun aku dah ada persiapan. Apa buktinya? ni buktinya, aku dah ada tisu. Boleh buat kesat air mata. For my lovely friend, if  you feel lonely or sad and you think you have nobody, u're wrong! Because u have me!
lagu untukmu teman ^_^

p/s:akusayangkaula.terimakasihkeranasudijadikawanakudananggapakusebagaikawanbaikkau.akuhargaidanharappersahabatankitakekalselamanya..
"FRIENDSHIP WILL NEVER END"

Tuesday 10 January 2012

Menjaga Hati

memetik sedikit rangkap lirik lagu "Menjaga Hati by Yovie dan Nuno" :

..masih tertinggal bayanganmu
  yang telah membekas di relung hatiku
  hujan tanpa henti seolah betanda
  cinta tak disini lagi kau telah berpaling

  biarkan aku menjaga perasaan ini
  menjaga segenap cinta yang telah kau beri
  engkau pergi aku takkan pergi
  kau menjauh aku takkan jauh
  sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
  ohh ohh

  masih adakah cahaya rindumu
  yang dulu selalu cerminkan hatimu
  aku takkan bisa menghapus dirimu
  meskipun ku lihat kau di seberang sana

  andai akhirnya kau tak juga kembali
  aku tetap sendiri menjaga hati...

kalau nak cerita apa yang aku rasa, sampai sehari pun takkan habis kot.. semua orang akan fikir aku ni memang jenis orang yang tak de problem..terima je apa yang orang nak cakap. Bak kata seorang pegawai HEP, kita anggap je diri kita ni laut, apa prang nak kata kita terima, kita telan..Nanti dah lama-lama, apa yang dibaling tu pun dan sebati dalam laut.. tak gitu.? HEMM..Memang lah muka nampak c00l, tapi dalam hati? Siapa yang tahu kan? Ada seorang pegawai psikologi ni, kira kaunselor juga lah. Dia cakap " awak ni ada masalah ke? Bukan ke masalah pun takut dengan awak? " Wow! sentap gitu~ sampai macam tu sekali persepsi orang kat aku ek? Apa pun, nasihat untuk diri aku sendiri, kuatkanlah hati! Bertahan selagi mana perkara yang difikirkan itu tidak mengganggu urusan aku mengingati Allah.
itu yang paling penting. Pagi ni aku dengar ceramah ustaz kazim, dalam ceramahnya terdapat maksud yang mendalam iaitu kalau roh kita lemah, nescaya iman kita akan lemah. Macam mana nak elakkan roh lemah? Kita perlu menjaga tahap kesihatan fizikal kita, tingkah laku dan pemikiran kita..
Titik hitam di dalam hati kita ni, takkan terpadam dengan sendirinya jika kita tidak berusaha membersihkan atau menyucikan hati kita ini. Dan kalau kita biarkan titik hitam terus menerajui hati kita, nescaya titik hitam itu akan memenuhi ruang hati kita. Jadi sahabat-sahabat mari lah kita bersama-sama menjaga hati ya =)
jangan biarkan titik hitam penuh di dalam hati kita <3