Tuesday 6 December 2011

:::DOAUNTUKKEKASIH:::


BERDOA MEMOHON PETUNJUKNYA~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...


Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...Maka jodohkanlah kami...


Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu.. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..
.


Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Sunday 27 November 2011

salam maal hijrah

assalamualaikum..
kepada sahabat-sahabat yang dikasihi..
sempena awal muharam ini, dengan rendah dirinya saya ingin memohon seribu kemaafan andai pernah melakukan perkara-perkara secara tidak sedar atau sedar yang telah menyebabkan sahabat-sahabat terguris, terkecil, tersentap, terasa hatinya dengan perlakuan saya. Lumrah manusia, akan menyedari melakukan kesilapan apabila hati mulai kurang tenang setelah kita melakukan kesilapan itu. Kadangkala juga saya tidak menyedari kesilapan yang telah saya lakukan. Dengan ini, besarlah harapan saya andai rakan-rakan semua dapat memaafkan segala salah silap saya.

jadi kawan-kawan, jom kita tambahkan amalan bermula awal muharram ni yuk~!


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X                                                                                    
14 perkara yang perlu dilakukan pada 10 Muharram:
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
semoga saya dan kawan-kawan beroleh manfaat =)

Saturday 26 November 2011

DUGAAN INI

1.07 AM (26/11/2011)
Terasa sangat letih dan semahu-mahunya rebah ke tanah.. Bukan mudah untuk mencari kebahagiaan diri.. Bukan mudah untuk memahami keadaan yang tidak pasti.. Aku insan biasa yang lemah, sering melakukan kekhilafan di dunia ini.. Mana mungkin aku akan gembira selamanya.. Dugaan dan cabaran adalah guru bagi mematangkan aku.. Andai aku boleh kuasai dunia.. Perkara yang aku inginkan ialah bahagia di dalam rahmatNYA.. Tanpa kasih daripadaNYA, jiwaku terasa kosong dan tidak tenteram.. Mohonku agar diteguhkan iman, dikuatkan jiwa dan tabah dalam mengharungi pelbagai cabaran yang datang menimpa..

Saturday 19 November 2011

update gambar PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

haa..ni lah program yang saya maksudkan tu...ni tag nama kami..

ni tag nama saya. =)

SETERUSNYA GAMBAR-GAMBAR SELEPAS MAJLIS PENUTUPAN..SORY LA, XSEMPAT NAK UPLOAD GAMBAR LAIN...HEHE

BARISAN FASILITATOR YANG MENJAYAKAN PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

BERSAMA PESERTA SEBELUM PULANG KE UPSI

PESERTA PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

FASILITATOR MEMBERIKAN TEPUK-TEPUK SAYANG KEPADA ADIK-ADIK..

ADIK-ADIK YANG EDIT GAMBAR NI..

CENDERAMATA DARIPADA PIHAK SEKOLAH KEPADA FASILITATOR
SELEPAS ADIK-ADIK ADD KAMI PUNYA FB..SAYA STALKER LA FB MEREKA.. nak tahu juga mereka ni jenis macam mana kan..jadi saya terjumpa lah sesuatu...ni FB budak yang paling cikgu bangga la...sebab mereka datang juga even mereka sedikit nakal di sekolah...
..ha..ni status sebelum mereka terlibat dengan motivasi kami..

yang ni pulak status selepas mereka terlibat dengan motivasi kami..jadi nampak lah kan hasilnya..
SEKIAN, INI SAHAJA DARIPADA SAYA =)

Friday 18 November 2011

"DELIGASI DUA BUDAYA, JALINAN UKHWAH SEBENUA"

ASSALAMUALAIKUM  & SALAM SEJAHTERA..

Apa khabar semua..? Hopefully semua sahabat-sahabat sihat lah ye =).. Sebenarnya cahaya selalu je terfikir nak update blog ni (ceh, saje nak bagi tau kat NURUL HIDAYU sbb pagi ni dy membebel pasal BLOG..huhu).. Tak banyak yang cahaya nak cakap pagi ni..sebab cahaya banyak benda kena selesaikan sebelum ke Aceh pada 20 November 2011 (ahad) ni.. Apa yang cahaya perlu buat.? Cahaya perlu ke kedai untuk menempah banner dan perlu mengumpulkan duit untuk ditukarkan kepada matawang aceh.. Semua kerja baru diberikan semalam, jadi hari ni cahaya perlu rushing la kan.. Nak kena siapkan semua perkara.. Tak lupa, nak minta kawan-kawan semua doakan Cahaya selamat pergi dan balik daripada Aceh ye.. Takutla kan apa-apa yang terjadi.. Semua tahu kan, di Aceh ni pernah ana kesan TSUNAMI. Insya'Allah kami akan pergi ke tempat-tempat yang pernah dilanda TSUNAMI ni..Tapi korang kena doakan Cahaya selamat tau.. Nanti cahaya ceritakan kepada korang suma keadaan kat sana tAu.. kalau bab OLE-OLE tu.. i'Allah kalau rezeki banyak, ada la untuk korang.. Tapi xjanji, Al-Maklumlah, fulus pun makin mAHfuz sekarang ni...hehe..ok lah, Cahaya nak buat kerja dulu..jumpa lagi lepas Cahaya balik daripada Aceh ye.. Kat sini Cahaya nak tinggalkan banner yang bakal cahaya hantar ke kedai nanti..
doakan kami "selamat pergi dan balik"

Tuesday 1 November 2011

AUKU tak bercanggah Perlembagaan: Pakar


Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
2011/11/01


KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan dan pengamal undang-undang menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 tidak bermakna akta berkenaan tidak sah atau bercanggah sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, ia hanya membabitkan peruntukan yang melarang penuntut universiti menunjukkan sokongan, menyatakan rasa simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik, di dalam atau luar negara.Pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata keputusan itu memberikan gambaran bahawa mahkamah melaksanakan tanggungjawabnya untuk membuat tafsiran terhadap undang-undang berdasarkan prinsip menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.


“Kita raikan keputusan ini kerana AUKU itu sendiri mempunyai banyak persoalan mengenai sama ada pelajar universiti boleh menyertai politik, berpersatuan atau memberikan pendapat mereka (kebebasan untuk bersuara) seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan (menerusi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan). 

“Perkembangan ini menunjukkan bahawa mahkamah mengiktiraf hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, di mana mahkamah membuat tafsiran ke atas undang-undang berkenaan berasaskan prinsip menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan,” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan selepas permohonan mengenai perkara itu dikemukakan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mencabar peruntukan 15(5)(a) AUKU selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil di kawasan itu April tahun lalu. 


Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan UKM di bawah peruntukan AUKU tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang serta mencabarnya di mahkamah kerana bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Shamrahayu juga berkata, kerajaan masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan itu yang dianggap bersejarah dan bakal menjadi nas undang-undang dalam kes berkaitan. 
Pengamal undang-undang, Datuk Hafarizam Harun pula berkata keputusan mahkamah itu menunjukkan perkembangan undang-undang lazim (common law) di negara ini progresif.

“Saya lihat keputusan ini secara tidak langsung menunjukkan pemisahan kuasa yang jelas antara badan eksekutif, kehakiman dan perundangan negara. Walaupun undang-undang itu digubal di Parlimen tetapi ia masih boleh dikaji badan kehakiman dengan meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai asasnya,” katanya. 

Monday 17 October 2011

mahasiswa DIHATI masyarakat

pada 17 oktober 2011, bersamaan hari ahad.. saya telah mengikuti program MAHASISWA DIHATI MASYARAKAT anjuran Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program dijalankan dari jam 8.00 pagi sehingga ke jam 2.00 petang yang bertempat di padang dan balai raya kampung baru A.. Jom kita saksikan beberapa gambar daripada program ini =)
sempat berposing sebelum aktiviti dijalankan

kami sarapan roti pagi ni
semangat tau makcik ni main baling belon dalam "sambutan sayang"
haa..siap main lari dalam kain batik lagi
gambar ni diambil selepas kami tamat dalam aktiviti sukan rakyat

gambar ni diambil selepas makan-makan dalam majlis perasmian penutupan program ni

Walaupun kami hanya melaksanakan aktiviti selama beberapa jam, kemeriahan dapat dirasakan dengan kehadiran penduduk kampung yang sangat sporting. Saya harap program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.. kenangan indah tak akan dapat dilupakan.. =)

pertandingan mewarna KANAK-KANAK

melentur buluh biarlah daripada rebungnya...
haa...daripada kecil lah, kita kena asah pemikiran anak-anak kita supaya menjadi kreatif...
sangat teruja dengan semangat adik-adik tadika ni..macam saya waktu kecil-kecil dulu..hehe
jom kita tengok gambar mereka =)
tekun mereka mewarna kan...

kat dalam muzium UPSI ni..

siap ade upin ipin lagi...

ceyhh...macam aku pulak yang warne kannn...

haa..adik ni la yang warna...macam-macam kaler dy ade tau...

ni adik lagi sorang...dy dapat number 2..

tekun je dy..

cepat dik...mase dah nak tamat..

nak tunggu keputusan...sape lah agaknye yang menang kan..
haa....same lah macam saya..kecik-kecik dulu suka sangat mewarna....pernah dapat tempat ketiga je...sebab time kecik-kecik dulu...xkreatif pon...hehehe

Saturday 15 October 2011

KAUNSELOR adalah GURU......... guru ADALAH kaunselor..kahh..??


jawapan anda sebagai bakal guru...atau anda yang bukan guru....bagaimana masa depan anak-anak remaja atau anak-anak kita nanti jika perkara ini berlarutan...fikir-fikirkanlah cabaran masa kini yang semakin menggunung tinggi =)

:::~MELUAH dengan cara MENULIS~:::


Assalamualaikum dan salam sejahtera..



           Entry saya kali ini ingin mengongsikan perkara berkaitan "meluah dengan menulis". Bagi pendapat anda, adakah ianya akan berkesan? Bukankah dengan menulis sahaja hal yang dipendam masih lagi tidak terkeluar daripada pemikiran? Teringat kata-kata seorang sahabat semasa program Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Ambilan September 2011 " kita kalau mempunyai apa-apa masalah, kongsikan bersama kawan rapat yang boleh dipercayai dan yang kita percayai. Jangan pendam seorang diri." Pendapat anda? Betulkah ianya memberikan kesan yang positif apabila menceritakan masalah yang dihadapi kepada kawan.?
            Bagi saya cara bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah adalah merupakan hak peribadi individu. Asalkan kita tidak melakukan sesuatu yang mendatangkan keburukan dan kemurkaan Allah s.w.t sudah memadai. Saya rasa terpanggil untuk mengongsikan cara saya meluahkan perasaan atau masalah kepada anda semua. Semenjak daripada Sekolah Menengah lagi, saya mempunyai diari untuk meluahkan masalah yang terpendam. Bagi saya, masalah tidak akan selesai selagi mana saya simpan dan bukukan di dalam hati.Jadi saya lebih suka memilih untuk meluahkan masalah yang dihadapi dengan menulisnya di dalam buku atau kertas.
              Yang dinamakan manusia itu, imannya ada pasang dan surutnya. Teringat pada kisah Nabi Hanzalah, beliau merasa sangat sedih tatkala teringatkan yang dirinya seperti terlupa tentang kesan khutbah nabi yang membuatkan hatinya menjadi lembut dan teringat kepada Allah. Sedihnya beliau kerana sejenak selepas mendengar khutbah, dia kembali bersenang dan bersuka ria dengan anak-anak dan keluarga. Bila ditanya kepada Rasulullah, adakah itu tanda munafik? Rasulullah menyatakan bahawa itu bukanlah munafik, tetapi begitulah keadaan iman manusia. Ada pasang surutnya.

janji Allah sentiasa benar!! ya ALLAH, lindungilah dan bantulah kami Ya Allah!!




:::permasalahan KAUNSELOR di sekolah:::

Sebagai seorang kaunselor, kita haruslah bijak dalam menangani apa jua masalah yang dihadapi. Bukan bermakna seorang kaunselor itu tidak akan bermasalah. Kaunselor juga merupakan makhluk Tuhan yang diuji dengan dugaan. Akan tetapi, sebagai seorang kaunselor, kita tidak boleh melatah dengan mudah yang menyebabkan diri sendiri terperosok dalam masalah yang dihadapi.




Menurut Suradi, 1992, antara permasalahan yang sering dihadapi oleh kaunselor sekolah ialah:



  • Tidak mempunyai masa yang cukup.
  • Tidak mempunyai bahan yang mencukupi.
  • Kurang mahir dalam mengendalikan kursus.
  • Kreativiti yang kurang.
  • Permasalahan dokumentasi.
  • Kurang yakin dengan diri sendiri.
  • Sukar mendapat klien.
  • Sukar mengendalikan disiplin.
  • Tidak mendapat sokongan daripada guru.
  • Bekerja sendirian dan tidak ada rakan kongsi.
  • Kurang efektif.






Jadi, untuk menjadi kaunselor yang cemerlang, kita perlulah bijak dalam mengatur jadual hidup sama ada dari segi pergaulan, rutin harian, kebijaksanaan, kekreatifan dan sebagainya agar dapat memberikan kebaikan kepada semua insan yang memerlukan pertolongan. =)

PENGURUSAN DAN KONSULTASI KAUNSELING SEKOLAH

Jam menunjukkan angka 10.15 pagi. Kelas sudah bermula, dan ini bermakna saya telah lewat tiba ke kelas. Kuliah dikendalikan oleh Encik Aziz Yatim, Pensyarah Kaunseling. Kuliah pertama ini telah menjadikan saya sebagai seorang mahasiswa kembali setelah empat bulan bercuti dengan menerima pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa yang diberikan. Terdapat empat tugasan yang perlu diselesaikan dalam subjek ini iaitu :




1- Membuat blog.

caunselortobe.blogspot.com


2- Membuat brochure, pamphlet dan poster.

brochure


pamphlet


poster


3- Kursus iaitu mengendalikan program di sekolah (1 kumpulan 6 orang).

Mengendalikan Program


4- Membuat video klip.



Membuat video
Harapan saya ialah untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan memberikan kepuasan dan pengalaman yang berguna kepada saya =)