Friday 16 March 2012

Pasal Kahwin lagi =_=


Macam nak menangis je tengok gambar-gambar dan blog rakan-rakan yang dah kahwin. Realiti kini, makin dewasa, pemikiran pon banyak fikir pasal nak bercinta dan berkahwin. Oh! bahagianya mereka yang dah berkahwin~! Jealous okeyh! Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Ramai kawan-kawan aku yang sudah berkahwin ni baik-baik belaka. So, rezeki mereka semua mendapat pasangan yang soleh juga~ Ada yang dah mengandung. Ada juga yang sudah bersalin.. Ya Allah, cemburunya aku.. Apakan daya, jodoh mereka lebih cepat sampai. Semoga mereka bahagia sehingga ke syurga.. Ya Allah, kurniakanlah aku pasangan yang beriman. Yang mampu mendidikku menuju kejalan yang diredhaiMU. Tak mengapa dayah, sekarang masa belajar. Tunggu kerja dan dapat membantu mak dan abah dulu barulah fikir pasal kahwin ye~ Sabar itu indah.. Bersyukurlah kerana Allah menguji diriku supaya aku mampu bertahan dan redha menempuhi cabaran dan ujian yang telah ENGKAU beri padaku..


No comments:

Post a Comment