Saturday 5 April 2014

#throwback MISI CANTAS CINTA

Assalamualaikum w.b.k...

apa khabar kawan-kawan cik cahaya semua..?
harap semuanya sihatlah hendakNya ya..
lama dah cik cahaya tak update blog. buat kuih ke kek ke pon dah lama tak buat..
hehe. maklumlah orang dah bekerjaya sekarang ni. Jadinya kesibukan sikitlah..

Tapi harini cik cahaya terpanggil nak update blog. Cik cahaya nak luah perasaan sikit.. giteww,, hehe
petang tadi CH pergi walimah kawan. kat bawah ni disertakan gambar pengantin yang cun lagi menawan..

Pasai pa CH post gambar pengantin ni? sebab mak abah CH selalu je sakat CH pasal kahwin ni..CH bukan tak mau kawen..Tapi seru tak sampai lagi kut.. (padahal bayang calon pon masih kabur) hehe..

Sejujurnya, dulu CH pernah la bercinta. Tapi terhenti dipertengahan jalan. Tiada siapa yang salah dalam perhubungan kami tu. sebenarnya CH putus tu pun sebab nak cantas cinta tak halal. Bercinta ni memang seronok. yelah rasa disayangi dan dihargai je selalu oleh pasangan. Maklumlah, benda yang dilarang ni memang rasa seronok. Tapi kesannya tu yang tak seronok kalau asyik sangat dengan perasaan cinta tu.

Dalam bercinta ni pastilah akan berlakunya Zina. Samada zina hati ke, zina mata,zina telinga ke dan yang sewaktu dengannya. Bohonglah kalau cakap awak tu bercinta tapi takde perasaan rindu kat pasangan, kasih kat pasangan. Haa, rindu pada yang bukan halal. Boleh ke? Tak boleh tau. Jatuh kepada zina hati. Nauuzubillah. Manusia sering lupa dan leka. Termasuklah CH yang dulu bukanlah yang sekarang. Duluku berpasangan sekarangku seorang..:P

Mak abAh CH punya lah suka dengan pasangan CH yang dulu tu. Diaorang tahu CH yang memutuskan perhubungan dulu. Tapi CH tak rasa apa pun dengan apa yang makAbah CH cakap. Sebab CH yakin dan pasti, JODOH PERTEMUAN di tangannya Tuhan..

Lepas putus hubungan dengan si dia yang dulu tu, CH dah tak pernah bercinta lagi. Bukan takut kecundang dalam percintaan mahupun terkenang insan yang lepas. Tapi CH mahukan cinta yang halal, yang diredhai. Pernah sekali tu, CH dengar tazkirah pagi ni berkaitan remaja zaman sekarang dalam percintaan yang mengasyikkan. Ustaz tu bilang, Jodoh tu Allah sudah tetapkan, Kalau kita tak jumpa kat dunia ni, insyaAllah jodoh kita tu menanti kat akhirat sana. Jadi, untuk apa kita melawan takdir Allah kan.

CH harap CH kuat dalam mengharungi ujian ni. EH! Stress juga tau bila tengok ramai kawan-kawan dah tunang, yang nak berkahwin, yang dah berkahwin, yang dah bergelar ibu. Rasa macam AKU PUN NAK KAHWIN JUGAKKKK!! Tapi nak buat acane, Allah masih nak rahsiakan Jodoh CH lagi. Jadinya apa yang CH mampu buat pada dan ketika ini hanyalah terus-terusan berdoa supaya dipertemukan dengan si dia yang baik lagi soleh bagi membimbing diri aku yang masih terhuyung-hayang dalam mencari muslimah sejati.

Harap- harap kawan-kawan semua dapat mendoakan yang terbaik buat CH ye.. semua kawan-kawan juga berbahagia dalam melakukan amal maaruf nahi munkar di dunia ini. InsyaAllah.

Sekian, Semoga ketemu lagi...





Saturday 1 February 2014

KEK BATIK super duper nyummy

Salam..
Hye! bertemu kembali kita..
Hari ni cik cahaya rajin benor nak mengupdate blog lagi.. hehe

Okay, ni nak share sikitla mengenai cara nak buat kek batik. Dulu time duk asrama, buat kek batik tak payah masak atas api. Ada milo,ada susu, ada biskut marie. Haa terus boleh buat. 

Sekarang dah makin dewasa, buat yang lebih menarik sikit la kan..

Bahan-bahan:

1 packet Biskut Marie (Original taste)
250g Buttercup
1/2 tin susu pekat
3 sudu serbuk koko
1 cawan Milo/vico

Cara membuat:

Sebelum cairkan butter, cik cahaya letak sikit minyak untuk mengelakkan butter hangus. My sis yang suh letak minyak ekceli, so letak jela. Lepas butter cair, masukkan setengah tin susu. Sebelum ni cik cahaya pernah letak 1 tin susu terus, perghh manis gila lah.. Cik cahaya tak suka manis sangat ni, kang kena kencing manis susah pulak.. haa.. lepas letak susu, letak milo/vico, pastu letak serbuk koko dan yang terakhir letak biskut yang dah dipatah-patahkan dengan sesuka hati tu. Gaul ratakan bahan-bahan semua tu kemudian letakkan kedalam bekas dan perlu diratakan supaya cantik..

Sebelum nak makan, lebih sedap kalau disejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam..

tabur sikit warna warni ni bagi meriahh..

Akhirnyaa, taraaa.. boleh dimakan :)

menjadi.. kurang manis dan sedap.. hehe

Mudah kan..? so, selamat merajinkan diri untuk mencuba buat kek batik yang super duper simple ni. Good luck kengkawan :)

KEK PISANG tak naik sendiri by Cik Cahaya

Assaamualaikum..

hye kawan-kawan.. apa khabar? sihat? harap sahabat semua sihat dan sentiasa dalam lindunganNya. Amiin.
ehem.. harini cik cahaya nak kongsi pengalaman cik cahaya buat kek pisang yang "BANTAT" tu.. 

KOmentar kak ipar cik cahaya lepas tengok kek pisang tak jadi ni ialah "biasa kalau first time buat kuih memang bantat'.. So cik cahaya pon feeling its okay la.. first trial kan.. hehe..

Ekceli cik cahaya pelik juga la kenapa tak menjadi kek pisang ni.. Mungkin tak buat dengan penuh kasih sayang kot.. gituu~ huhu. padahal dah ikut resipi betul (tapi based on google). My moom say "ala google tu kadang-kadang orang bagi resipi ta betul".. haha.. salahkan orang lain pula kan.. 

By the way,cik cahaya nak juga kongsi resipi yang cik cahaya follow untuk buat kek pisang ni..

2 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
1s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 s/k esen vanilla
2 biji telur

Haa. inilah resipinya. Dah ikut dengan taat bahan-bahan dan cara yang digunakan. Tapi tulah, tak menjadi pulak. Its okay la kan. Practise make perfect right? hehe..

Dan hari ni i think to make another cake. Berunsurkan pisang jugak. Tapi kali ni nak buat kek pisang yang dikukus dan nak buat apam pisang. Mengikut resipi encik google yang banyak memaparkan blogger cik kak cik kak yang suka memasak tu. Wish me luck all my friend! ehehe

Okay. i want share picture yang mana gambar kek pisang cik cahaya tak jadi tu..
Taraaaa.. kat bawah ni ha.. Tapi rasa dy not bad la.. sedap jugak. cuma tak naik je.. hehe

kek pisang tak menjadi tapi habis dimakan juga

buah pisang ada lagi, so i want try make cake again

nak buat camnilah harini.. apam pisang je


Satu hari nanti, nak hasilkan kek yang cantik macam ni..

okay itu sahaja perkongsian cik cahaya. Mungkin kek yang sebelum ni tak menjadi sebab my mom kata telur mana cukup 2 biji sahaja. Sekurang-kurangnya 5 biji.dan pisang yang digunakan 3 biji kecil-kecil. sebab tu tak nampak bentuk pisangnya. So lepas ni nak buat 6 biji. cik cahaya ni baru belajar, so thinking out of box.  kita buat dia kan, so suka hatilah nak buat macam mana. yang penting ada rasa.. hihi

Sekian, semoga ketemu lagi. :)


Tuesday 28 January 2014

Cheese Cake Meleleh Cahaya Hidayah..

Assalamualaikum.. 
Hai sahabat2 cik cahaya.. Sihat ke..? hehe.. lama dah xupdate blog ni..
Tercabar lah jugak bila cheq ayu tu asyek duk suruh update blog je.. hihi


okay.. sementelaah tengah rajin menaip ni cik cahaya nak share resipi buat cheese cake ni.. ekceli kek dia jenis kek butter jek.. dy punya piping je yg cheese.. memang lemak habis lah.. 


okay.. nama kek ni sebenarnya



Snowy cheese with filling
Oleh:Sara My
ni link mukabuku dy--->:www.facebook.com/bukuresepi

Resipi

Kek gune butter

250g butter (1 buku)
1 cwn gula

5 bj telur
1 cwn susu segar
3 cwn tepung kek

1 sb tepung jagung
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder ;---> bAHAN2  Tepung ni perlu diayak
secubit garam
1 sk esen vanilla.


Cara
-panaskan oven
-pukul butter n gula sampai lembut (nak tahu lembut adunan tu jadi warna putih)
-masukkan telur satu2 n pukul sebati..
-masuk 1/3 tepung n pukul
-masukkan susu segar (time cik cahaya buat haritu terlupa nak letak) tapi sedap je..

-masuk esen vanilla n pukul
-lps bakar, terus sejukkan atas rak, tunggu kek betul2 sejuk dulu baru potong


Topping
250g cream cheese

4 sudu besar susu pekat(blh tambah kalo nak manis)
1 cawan whipped cream (blh tambah lg kalau nak lg cair.. lagi cair lagi sedap kot pada cik cahaya)
-pukul sume bhn smpi sebati
Lepas sapu, blh taburkan atas kek dgn grated cheddar cheese. Boleh juga letak filling di tgh2 kek..contoh blueberry, strawberry,oreo,choc,lemon



haaa.. yang kat atas ni resipi yang diberi dengan tambahan cik cahaya sikit..

time cik cahaya buat kek ni haritu, cik cahaya letak bluebeery... baru rasanya sedap.. sebab bila lemak cheese dipadankan dengan masam-masam blueberry barulah tak rasa muak..

ni CHEESE CAKE meleleh-leleh cheese cik cahaya.. komen orang yang makan kata "SEDAP" ..
kepada sahabat-sahabat nak cuba tu.. semoga berjaya ya.. ni antara kemahiran-kemahiran nak pikat hati suami nanti.. hihi. *gatai nak kawen lettue.. tapi lama lagi kot.. hehehe

psst: nak memasak senang sekarang.. search google je.. pastu olah sendiri ikut citarasa kita.. :)

Tuesday 31 December 2013

Happy New Year 2014!!!

Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!
Happy New Year 2014!!!

Wednesday 27 November 2013

Kenangan yang Berlalu~

ASSALAMUALAIKUM.. SALAM SEJAHTERA.. SALAM SATU MALAYSIA!

Apa khabar kawan-kawan cik cahaya? sihat dak? lama xupdate blog..lama ke? lama juga la kan.. hampir empat bulan kot... last update waktu nak ramadhan.. ni dah nak masuk new year dah.. cepat je masa berlalu kan.. nasib baik xlupa password nak bukak.. kih2..

Sepanjang empat bulan yang lepas.. macam-maca perkara yang berlaku kat cik Cahaya tau.. cik cahaya berhenti kerja on the spot. cik cahaya kena masuk PLKN. Cik Cahaya melalui HARI JUBAH. cik cahaya xde kerja. cik cahaya makin gemuk. eh! hehe..macam-macam lah yang berlaku.

Korang nak tahu x pengalaman yang cik cahaya lalui di kem PLKN? okey, korang xnak tahu pun cik cahaya tetap nak cerita..ehehe.. cik cahaya dapat kat Kem PLKN Desaru Gerak Khas. di Bandar Penawar, Kota Tinggi, JOHOR.. mULA-mula rasa best lah sebab kem xdelah jauh dengan rumah. tapi bukan boleh keluar sesuka hati nak balik rumah pon. Tak diberi peluang pun. jangan harap lah nak balik rumah. nak lari kem boleh lah.. haha.. so perasaan best tu jadi xbest. 3bulan duduk dalam kem menghadap MICHEAL je kat dorm.. micheal ni ape? micheal ni sejenis benda yang berbulu dan garang sampai mengejar orang tau.. seram! haha.. bukan benda lah.. micheal ni adalah spesis monyet liar yang bergelimpangan depan dorm yang cik Cahaya menginap.. even 3 bulan menghadap monyet-monyet ni. tetaplah monyet-monyet ni xnak jinak dengan kitaorang. makin garang adela. sampai ada kawan cik cahaya luka sebab jatuh kena kejar dengan monyet a.k.a beruk ni. kesian tengok. tapi kesian-kesian pun bukan main sakan kitaorang gelakkan dia.. haha.. xbaik kan~

kalau nak cerita pasal kem lah kan~ memang xcukup masa nak menaip sehari. sebab banyak sangat perkara suka duka yang dilalui.. ade yang best gilerr.. ade yang boleh naik gilerr~.. tapi macam malas jek nak cerita sekarang.. macam penat je nak menaip.. so cik cahaya nak update gambar -gambar kenangan kat kem jela nanti.. Nanti ye. bukan sekarang.. hehe

jadinya . cik cahaya nak sudahi entry yang dalam mood malas ni dengan ucapan.. Assalamualaikum w.b.k.


Wednesday 19 June 2013

kerja KERJA kerja KERJA..

HYyep semua! salam ketemu kembali..
tengok kawan-kawan cik cahaya ramai yang update blog..
 rasa terpanggil gak nak update blog lah.. hehe
sihat kah kamu semua?
cik cahaya jarang sikit nak update blog nih bukannye malas nak taip..
tapi cik cahaya busy sikit la..
al-maklumlah.. semenjak dah tak bergelar mahasiswa ni..
cik cahaya fokus pada kerja je..
ceyh.. kerja lah sangat kan..
eh! betul lah..kerja..
nak tahu cik cahaya kerja ape??
hehehe.. kerja ni dah hampir 3 tahun tau..
jap! bukan ke cik cahaya kata cik cahaya baru habis bergelar mahasiswa tadi kan.?
sebenarnya cik cahaya daripada dulu lagi dah kerja..
cik cahaya kerja sambil belajar..
semua tuh pengalaman tau..
bos tempat cik cahaya selalu cakap..
awak beruntung!
sebab dah ada banyak pengalaman..
cik cahaya kerja kat 
Unit Perumahan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris..
apa yang cik cahaya buat??
macam-macam lah..
failing surat, angkat telefon, buat surat, buat kertas kerja
jadi urusetia, jadi event manager serkap jarang..
haa.. macam-macamlah..
tapi cik cahaya tak nak kerja nih terus.. 
sebab bidang cik cahaya adalah di sekolah..
cuma buat masa sekarang ni.. cik cahaya nak kerja nih dulu.. bagi rehat sikit,,..
kalau dah jadi cikgu, kerjanya penat sikit..
jadi insyaAllah lepas konvo nanti..
cik cahaya baru nak fokus kepada perguruan..
lagipun ramadhan dah nak tiba kan..

sekarang ni pun hujung tahun..
tapi cik cahaya pun ada mohon guru ganti.. dah print out borang pun..
 ni link dy kalau kawan-kawan nak.. :)
dapat x dapat tu tengok pada rezeki lah kan..
okay.. buat kawan-kawan sehaluan.. 

good luck cari kerja yea~
sayonara ^^