Sunday 4 November 2012

90 hari sebagai KAUNSELOR PELATIH

ASSALAMUALAIKUM..

Hi kawan-kawan! Lama tak bersua di sini ye.. Maklumlah, Cik Cahaya sibuk sikit 4 bulan lepas sebagai pendidik di SMK Syeikh Abdul Ghani. Setelah 4 bulan bergelar kaunselor pelatih, akhirnya Cik Cahaya dapat tamatkan jua internship kaunseling. Pelbagai cabaran dan rintangan dilalui yang menghaslkan 1001 kenangan manis, masam, masin tak kurang juga yang pahit. Pelbagai rasa kan? Barulah seronok dijadikan kenangan terindah. Orang kata tanpa ujian dan dugaan hidup membosankan. Jadi just accept it as a cabaran yang akan mematangkan kita.. 

Apa yang seronok sangat jadi kaunselor pelatih ni? Macam-macam perasaan ada, takkan sedih je kan? Mesti ada seronoknya juga! Antaranya ialah dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah. Tak kiralah masalah apa pun contohnya akademik, remaja, keluarga, peribadi dan lain-lain. Seronok tau kalau kita tolong orang dengan hati yang ikhlas. Selain perlu memenuhi kehendak universiti dalam menjalankan sesi kaunseling selama 20 jam untuk kaunseling kelompok dan 45 jam untuk kaunseling individu, Cik Cahaya dapat menambahkan pengalaman sebagi kaunselor tau.

Ingat kaunselor ni just buat sesi kaunseling ke? Oh tidak! Pelbagai Program kami jalankan sepanjang bergelar kaunselor pelatih ni. Tapi program yang biasa-biasa ajelah. Kami tak hebat, jadi buat mengikut kemampuan diri je. Walaupun pelbagai program kami jalankan, tetap ada cikgu-cikgu yang cakap kaunselor tak ada kerja! Perh, sedap je dia orang cakap kan. Orang tak kan tahu apa tugas sebagai kaunselor ni sebab dyorang bukan kaunselor. Memang telan saja apa orang sekeliling cakap, janji kita boleh siapkan semua tugas sebagai kaunselor pelatih.

Masuk Air
Paling best time internship kaunseling ni, Cik Cahaya jatuh sakit tau. Pukul 4 pagi kepala berdenyut-denyut menahan kesakitan pening kepala. Pagi tu minta izin pengetua nak pergi klinik. Tekanan darah RENDAH! Habis kena masuk air 1 liter. Tak pernah-pernah sakit sampai macam ni.. Ni namanya musibah yang tak diduga. haa,  Jarum dia punyalah besar, sakit kot kena cucuk. Memangg tak nak kena cucuk lagi. Heee.. Jadi kenalah jaga kesihatan kan kalau tak nak kena masuk air dengan menggunakan jarum yang besar tu. Bersenam paling penting biar jantung sihat tanpa gangguan. Hee. 

Sudahlah malas nak cakap banyak lagi. Nak STOP sini dulu. Heee.. Ada masa jumpa lagi
p/s: ayat rojak campur baur..

Gambar-gambar sepanjang INTERNSHIP KAUNSELING
 (masukkan sikit je) ehek..

ni Cik Cahaya yang lukis. sampai jatuh longkang..ehekk

ni mural cikgu praktikal buat..
 
jd model jup..

masa kayuhan muhibbah 1 malaysia

ni housemate2 ku yg comey

11 0rang cikgu praktikal. perempuan semuanya..

my partner. Pn. Nur Qurratu' Aini