Saturday, 1 February 2014

KEK BATIK super duper nyummy

Salam..
Hye! bertemu kembali kita..
Hari ni cik cahaya rajin benor nak mengupdate blog lagi.. hehe

Okay, ni nak share sikitla mengenai cara nak buat kek batik. Dulu time duk asrama, buat kek batik tak payah masak atas api. Ada milo,ada susu, ada biskut marie. Haa terus boleh buat. 

Sekarang dah makin dewasa, buat yang lebih menarik sikit la kan..

Bahan-bahan:

1 packet Biskut Marie (Original taste)
250g Buttercup
1/2 tin susu pekat
3 sudu serbuk koko
1 cawan Milo/vico

Cara membuat:

Sebelum cairkan butter, cik cahaya letak sikit minyak untuk mengelakkan butter hangus. My sis yang suh letak minyak ekceli, so letak jela. Lepas butter cair, masukkan setengah tin susu. Sebelum ni cik cahaya pernah letak 1 tin susu terus, perghh manis gila lah.. Cik cahaya tak suka manis sangat ni, kang kena kencing manis susah pulak.. haa.. lepas letak susu, letak milo/vico, pastu letak serbuk koko dan yang terakhir letak biskut yang dah dipatah-patahkan dengan sesuka hati tu. Gaul ratakan bahan-bahan semua tu kemudian letakkan kedalam bekas dan perlu diratakan supaya cantik..

Sebelum nak makan, lebih sedap kalau disejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam..

tabur sikit warna warni ni bagi meriahh..

Akhirnyaa, taraaa.. boleh dimakan :)

menjadi.. kurang manis dan sedap.. hehe

Mudah kan..? so, selamat merajinkan diri untuk mencuba buat kek batik yang super duper simple ni. Good luck kengkawan :)

1 comment:

  1. mohon cik cahaya kongsi resepi bahulu berinti jem.

    ReplyDelete