Thursday 7 March 2013

TIME IS ALL

KESAYANGAN CIK CAHAYA DI UPSI
psst: segonjeng-gonjeng diaorang pun tetap kawan yang paling cik cahaya sayang tau :P
Akhirnya, cik cahaya sudah masuk sem lapan dan sekarang dah hampir tiba ke minggu keempat kuliah.. Apa perasaan cik cahaya sekarang ye apabila kuliah sudah mula, assaignment sudah dapat?? kalau korang semua nak tahu, sem lapan nilah baru cik cahaya rasa tentang kesibukan sebagai seorang mahasiswa. Mana taknya, kelas takdelah banyak mana pun, tugasan takdelah sampai berbelas-belas, tapi kesibukan untuk menyiapkan tugasan tulah yang kenjadi taruhan kini.

Fuhh, memanglah cik cahaya sempat beriadah dan berbual mesra dengan rakan-rakan, tapi itu semua sebagai langkah untuk mengelakkan cik cahaya menghadapi tekanan dalam menyiapkan segala tugasan ini. Tak dinafikan cik cahaya tak sabar menunggu waktu tamat belajar, tetapi cik cahaya lagi tak sabar nak menyiapkan tesis dan segala tugasan yang WAJIB dibuat dengan kadar segera ni.

Dalam pada menerima pelbagai tugasan, ada pula aktiviti-aktiviti yang lain perlu dilakukan. Nak taknak cik cahaya perlu bijak membahagikan masa supaya " Yang dikejar Tidak Ketinggalan, Yang dikendong Tidak Keciciran".

Hopefully, semester ni takde masalah pada cik cahaya dalam menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. cik cahaya pasti, setiap yang berlaku ada hikmahNYA. Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah tu maha adil kan.?  Harap kawan-kawan pun bahagia di tahun akhir ni (kira semester last la kan). Buat adik-adik diluar sana, belajar rajin-rajin, kejar apa yang patut dahulu ye.."Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Jangan menyesal dikemudian hari sudah.

smile and happily make me more strong!
Mohon doa kawan-kawan ye untuk doakan semoga cik cahaya KUAT dan TABAH..
nama dia Haslina Khairi, dia pun keSAYANGAN c.cahaya gak.. :)

#BE STRONGER :)
ni pulak kawan PALIng Manja.. HUHU..

No comments:

Post a Comment