Saturday, 21 January 2012

TENTANG DIA


Entry kali ni bertajuk tentang dia. Dia tu siapa ye? Dia adalah seorang yang aku sayang. Bila dia tiada aku akan merindui dia. Bilaku berduka akan ku cari dia. Dia adalah seorang manusia. Dan kalau dia sedih pun, dia akan cari aku..hehe.. Baru-baru ni, aku dapat hadiah... Waa~ hadiah? Siapa yang tak nak hadiah kan..hehe taraa.. ni semua apa yang aku dapat. ada lagi satu, tapi lupa nak amik gambar..peace ^^ hehe 
ni la hadiahnya.. kotak dia punya lah besar kan.. tapi ni xnampak besar sebab ambil gambar dari sudut atas. But, kotak bukan segalanya..Yang penting i really-really appreciate it friend..

i love u too.. thanks for being my friend


 i love star too much.. terima kasih untuk citarasa kita yang sama ni =)

tisu? kenapa tisu? walaupun nampak simple, tapi bagi aku, dia bagi tisu sebab dia xnak aku bersedih. Kalau bersedih pun aku dah ada persiapan. Apa buktinya? ni buktinya, aku dah ada tisu. Boleh buat kesat air mata. For my lovely friend, if  you feel lonely or sad and you think you have nobody, u're wrong! Because u have me!
lagu untukmu teman ^_^

p/s:akusayangkaula.terimakasihkeranasudijadikawanakudananggapakusebagaikawanbaikkau.akuhargaidanharappersahabatankitakekalselamanya..
"FRIENDSHIP WILL NEVER END"

Tuesday, 10 January 2012

Menjaga Hati

memetik sedikit rangkap lirik lagu "Menjaga Hati by Yovie dan Nuno" :

..masih tertinggal bayanganmu
  yang telah membekas di relung hatiku
  hujan tanpa henti seolah betanda
  cinta tak disini lagi kau telah berpaling

  biarkan aku menjaga perasaan ini
  menjaga segenap cinta yang telah kau beri
  engkau pergi aku takkan pergi
  kau menjauh aku takkan jauh
  sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
  ohh ohh

  masih adakah cahaya rindumu
  yang dulu selalu cerminkan hatimu
  aku takkan bisa menghapus dirimu
  meskipun ku lihat kau di seberang sana

  andai akhirnya kau tak juga kembali
  aku tetap sendiri menjaga hati...

kalau nak cerita apa yang aku rasa, sampai sehari pun takkan habis kot.. semua orang akan fikir aku ni memang jenis orang yang tak de problem..terima je apa yang orang nak cakap. Bak kata seorang pegawai HEP, kita anggap je diri kita ni laut, apa prang nak kata kita terima, kita telan..Nanti dah lama-lama, apa yang dibaling tu pun dan sebati dalam laut.. tak gitu.? HEMM..Memang lah muka nampak c00l, tapi dalam hati? Siapa yang tahu kan? Ada seorang pegawai psikologi ni, kira kaunselor juga lah. Dia cakap " awak ni ada masalah ke? Bukan ke masalah pun takut dengan awak? " Wow! sentap gitu~ sampai macam tu sekali persepsi orang kat aku ek? Apa pun, nasihat untuk diri aku sendiri, kuatkanlah hati! Bertahan selagi mana perkara yang difikirkan itu tidak mengganggu urusan aku mengingati Allah.
itu yang paling penting. Pagi ni aku dengar ceramah ustaz kazim, dalam ceramahnya terdapat maksud yang mendalam iaitu kalau roh kita lemah, nescaya iman kita akan lemah. Macam mana nak elakkan roh lemah? Kita perlu menjaga tahap kesihatan fizikal kita, tingkah laku dan pemikiran kita..
Titik hitam di dalam hati kita ni, takkan terpadam dengan sendirinya jika kita tidak berusaha membersihkan atau menyucikan hati kita ini. Dan kalau kita biarkan titik hitam terus menerajui hati kita, nescaya titik hitam itu akan memenuhi ruang hati kita. Jadi sahabat-sahabat mari lah kita bersama-sama menjaga hati ya =)
jangan biarkan titik hitam penuh di dalam hati kita <3

Tuesday, 6 December 2011

:::DOAUNTUKKEKASIH:::


BERDOA MEMOHON PETUNJUKNYA~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...


Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...Maka jodohkanlah kami...


Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu.. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..
.


Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Sunday, 27 November 2011

salam maal hijrah

assalamualaikum..
kepada sahabat-sahabat yang dikasihi..
sempena awal muharam ini, dengan rendah dirinya saya ingin memohon seribu kemaafan andai pernah melakukan perkara-perkara secara tidak sedar atau sedar yang telah menyebabkan sahabat-sahabat terguris, terkecil, tersentap, terasa hatinya dengan perlakuan saya. Lumrah manusia, akan menyedari melakukan kesilapan apabila hati mulai kurang tenang setelah kita melakukan kesilapan itu. Kadangkala juga saya tidak menyedari kesilapan yang telah saya lakukan. Dengan ini, besarlah harapan saya andai rakan-rakan semua dapat memaafkan segala salah silap saya.

jadi kawan-kawan, jom kita tambahkan amalan bermula awal muharram ni yuk~!


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X                                                                                    
14 perkara yang perlu dilakukan pada 10 Muharram:
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
semoga saya dan kawan-kawan beroleh manfaat =)

Saturday, 26 November 2011

DUGAAN INI

1.07 AM (26/11/2011)
Terasa sangat letih dan semahu-mahunya rebah ke tanah.. Bukan mudah untuk mencari kebahagiaan diri.. Bukan mudah untuk memahami keadaan yang tidak pasti.. Aku insan biasa yang lemah, sering melakukan kekhilafan di dunia ini.. Mana mungkin aku akan gembira selamanya.. Dugaan dan cabaran adalah guru bagi mematangkan aku.. Andai aku boleh kuasai dunia.. Perkara yang aku inginkan ialah bahagia di dalam rahmatNYA.. Tanpa kasih daripadaNYA, jiwaku terasa kosong dan tidak tenteram.. Mohonku agar diteguhkan iman, dikuatkan jiwa dan tabah dalam mengharungi pelbagai cabaran yang datang menimpa..

Saturday, 19 November 2011

update gambar PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

haa..ni lah program yang saya maksudkan tu...ni tag nama kami..

ni tag nama saya. =)

SETERUSNYA GAMBAR-GAMBAR SELEPAS MAJLIS PENUTUPAN..SORY LA, XSEMPAT NAK UPLOAD GAMBAR LAIN...HEHE

BARISAN FASILITATOR YANG MENJAYAKAN PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

BERSAMA PESERTA SEBELUM PULANG KE UPSI

PESERTA PROGRAM SELANGKAH MENUJU GENERASI HEBAT

FASILITATOR MEMBERIKAN TEPUK-TEPUK SAYANG KEPADA ADIK-ADIK..

ADIK-ADIK YANG EDIT GAMBAR NI..

CENDERAMATA DARIPADA PIHAK SEKOLAH KEPADA FASILITATOR
SELEPAS ADIK-ADIK ADD KAMI PUNYA FB..SAYA STALKER LA FB MEREKA.. nak tahu juga mereka ni jenis macam mana kan..jadi saya terjumpa lah sesuatu...ni FB budak yang paling cikgu bangga la...sebab mereka datang juga even mereka sedikit nakal di sekolah...
..ha..ni status sebelum mereka terlibat dengan motivasi kami..

yang ni pulak status selepas mereka terlibat dengan motivasi kami..jadi nampak lah kan hasilnya..
SEKIAN, INI SAHAJA DARIPADA SAYA =)

Friday, 18 November 2011

"DELIGASI DUA BUDAYA, JALINAN UKHWAH SEBENUA"

ASSALAMUALAIKUM  & SALAM SEJAHTERA..

Apa khabar semua..? Hopefully semua sahabat-sahabat sihat lah ye =).. Sebenarnya cahaya selalu je terfikir nak update blog ni (ceh, saje nak bagi tau kat NURUL HIDAYU sbb pagi ni dy membebel pasal BLOG..huhu).. Tak banyak yang cahaya nak cakap pagi ni..sebab cahaya banyak benda kena selesaikan sebelum ke Aceh pada 20 November 2011 (ahad) ni.. Apa yang cahaya perlu buat.? Cahaya perlu ke kedai untuk menempah banner dan perlu mengumpulkan duit untuk ditukarkan kepada matawang aceh.. Semua kerja baru diberikan semalam, jadi hari ni cahaya perlu rushing la kan.. Nak kena siapkan semua perkara.. Tak lupa, nak minta kawan-kawan semua doakan Cahaya selamat pergi dan balik daripada Aceh ye.. Takutla kan apa-apa yang terjadi.. Semua tahu kan, di Aceh ni pernah ana kesan TSUNAMI. Insya'Allah kami akan pergi ke tempat-tempat yang pernah dilanda TSUNAMI ni..Tapi korang kena doakan Cahaya selamat tau.. Nanti cahaya ceritakan kepada korang suma keadaan kat sana tAu.. kalau bab OLE-OLE tu.. i'Allah kalau rezeki banyak, ada la untuk korang.. Tapi xjanji, Al-Maklumlah, fulus pun makin mAHfuz sekarang ni...hehe..ok lah, Cahaya nak buat kerja dulu..jumpa lagi lepas Cahaya balik daripada Aceh ye.. Kat sini Cahaya nak tinggalkan banner yang bakal cahaya hantar ke kedai nanti..
doakan kami "selamat pergi dan balik"