Thursday, 6 June 2013

cONFirm~

Confirm
Confirm
Confirm
Confirm 
Confirm
confirm,..
ternyata apa yang dijangkakan berlaku jua akhirnya..
pesan sahabat saya..
"kau perlu bersyukur sebab dia dah xde lagi"
baiklah.. cik cahaya akan pegang nasihat tu..
cik cahaya semakin kuat sekarang~
yeah.. cik cahaya memang kuat ponn~~

Tuesday, 4 June 2013

perasaan INGIN TAHU itu tinggi

Assalamualaikum semua..

ha.. bertemu kembali kita pada hari mulia ini.. sebab cik cahaya dah habis final exam! Alhamdulillah, ape yang cik cahaya usaha tu.. itulah yang cik cahaya curahkan dalam kertas jawapan.. hehe.. bak goreng kacang tapi hangus sikit la... kui3

Eh! apa yang cik cahaya nak tahu tu..? well.. biasa la.. sebagai seorang bakal kaunselor ni.(insyaAllah la akan datang jadi kaunselor) doakan tau! heheh.. sambung balik.. sebagai bakal kaunselor ni...kita perlu ada perasaan ingin tahu yang tinggi. barulah setiap klien tuh diterokai dengan lebih mendalam.. kita perlu mendalami dengan sedalam-dalamnya klien kita tuh.. haa.. macam tu la yang berlaku pada cik cahaya.. cik cahaya nak tahu sangat pasal satu perkara ni.. so bila dah tahu baru lah cik cahaya tahu kebenarannya.. okay.. itu sahaja nak cakap.. pasni. bila cik cahaya dah tahu kebenarannya, cik cahaya akan update ye.. hihi..

semoga bertemu kembali :D



Saturday, 1 June 2013

Salam semua..

Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segala nya
Assalamualaikum semua.....

Hye semua.! lama xjumpa kan.. hehe.. biasalah busy sikit akhir-akhir semester ni.. ni tahun akhir cik cahaya ni.. doakan cik cahaya berjaya sampai ke penghujungnya ye.. walaupun xdelah berjaya kevavoom pun.. tapi ok la.. heheh..

Nak tahu kenapa cik cahaya boleh muncul hari ni..? jeng jeng jeng.. sebab cik cahaya cuba nak coretkan sesuatu.. ye, cik cahaya tahu takde orang pun yang view blog cik cahaya ni.. so, thats y la cik cahaya berani nak coret kat sini.. heheh..

CIk cahaya nak story about someone yang pernah mencurik hati ni haa.. eh..jap! rupenya ade jugak yang pernah curi hati cik cahaya ye..? so sekarang pakai hati ape pulak..? hati nyamuk ka..? ke hati kucing..? heheh.. aihh korang ni.. cik cahaya masih ada hati la.. kan semua orang ada jugak kan..? hihi ^^

Okay sambung pada someOne tuh.. ermm, xbanyak pun cik cahaya nak cakap.. cuma cik cahaya rasa very very very rindu kat someone tuh.. ish.. tak baik kan..? rindu pada seseorang yang bukan HALAL buat kita.. berdosa tau.! ye. cik cahaya tahu tu.. abis nak buat macam mana.? dah perasaan tuh datang sendiri.. some0ne ni dah xde pape pun ngan cik cahaya sekarang ni.. tapi kenapa boleh ingat lagi ye..?
andai hati boleh dicuci dengan air supaya hilang kesan-kesan lama...
Jawapan daripada cik cahaya sendiri la.. "sebab dia pernah jadi seseorang yang cik cahaya sayang suatu ketika dulu". upss.. ahh.. pi biaq la cik cahaya nak cakap ape kan.. tu dulu okeyh.. heheh... betul lah ade ayat ni :

 nak kenal seseorang seminit pun cukup
nak kawan sejam lepas tu dan mesra
nak bercinta sehari je dah boleh
TETAPI
nak melupakan tu, setahun pun belum tentu cukup..
eh, cik cahaya bukan putus cinta pun.. tapi doa ni cik cahaya nak baca supaya dapat melupakan seseorang yang sukar dilupakan.. heheh
erm.. betul lah tu pada cik cahaya.. mungkin cik cahaya tak perlu melupakan semua tentangnya kot.. cik cahaya hanya perlu bina cerITA BARU kot..  eh. tadi kata nak baca doa melupakan..? xpe.. kalau memang dah takdir Allah supaya tak melupakan dia.. nak buat acane kan.. kan sesuatu perkara tu atas IzinNYA juga.. so, kita berusaha sedaya yang mampu sahaja kan...
atau mungkin cik cahaya perlu doa yang ini..? hehe.. macam nak sangat berJODOH dengan dia kan.. xpe.. berDOA sahaja dan teruskan berdoa tanpa jemu ye cik cahaya.. senyum (^_^)
berdoa semoga Allah perbaiki diri kita dululah sebelum minta Allah berikan yang baik soleh untuk kita :)
...apa pandangan sahabat..? btw, cik cahaya tah mahu sedih-sedih.. juz watcool watlek jela kan.. so, nak sambung study.. isnin (3.6.2013) dan selasa (4.6.2013) cik cahaya ada paper tuk final last year.. okay.. selamat jumpa lagi..




Thursday, 28 March 2013

DEwasa kini

Assalamualaikum.. hai kawan-kawan.. hope korang semua sihat..
Bertemu kita lagi dalam celoteh cik cahaya..
Ramai kawan-kawan kata yang blog ni ibarat diari mereka..
Ye, cik cahaya sokong kawanII semua..
sebab salah satu langkah untuk menghilangkan tekanan yang menimpa diri kita adalah dengan meluahkan.
Meluahkan tu pula ada pelbagai gaya.
Ada kawan meluahkan di Facebook
Ada kawan meluahkan dengan bercerita pada yang dipercayai..
Ada orang meluahkan dengan menangis
ada orang meluahkan dengan buat perkara yang tak elok
ada orang meluahkan dengan bertafakur (ingat Allah)
haa.. macam-macam kan..
so dengan cara meluahkan di blog pon kadangkala kita akan rasa lega..
tapi lebih elok kalau kita mohon petunjuk daripadaNYA.. 
itu yang teRBAIK..
cik cahaya ni pun tak terkecuali daripada mereka-mereka yang mempunyai problem kat luar sana..
biasa lah perempuan ni.. 
kalau problem je, mesti berkaitan hATI dan PERASAAN..
betul tak??
Ikut hati MATI..
ikut rasa BINASA..
semoga kita semua tabah jela ye..
cik cahaya pun sekarang sedang cuba untuk tabah mengharungi liku-liku hidup..
hidup tanda dugaan membosankan!
haa.. itulah antara kata-kata yang famous waktu sekolah dulu..
kepada kawanII.. semoga anda semua sentiasa ceria dan sentiada dalam redhaNYA..

Wednesday, 13 March 2013

TAHUKAH anda ?

tahukah anda..?
haa.. ape yang tahu tu..? hehehe
urmm, semenjak umur makin meningkat ni, bila berbual dengan kawanII memang tak lari daripada bercerita mengenai JODOH..
Ya JOdoh..!!
kawan 1 : risau lah, carikan aku satu weh.
kawan 2 : xpela, ade jodoh ye ada
kawan 3 : in sha Allah, tak lama lagi kita orang nak kawen
kawan 4 : tunggu kerja dulu

haa.. macamII versi kawanII cik cahaya ni.. 
so c. cahaya pon tak lari lah daripada pikir pasal jodoh ni.. heheh
bila xde orang nak kat kita ni, kita mulalah risau..
"ADA KE ORANG NAK KAT AKU NI"
macamII persoalan bermain dimindA..
tapi yang lebih takut untuk c.cahaya ialah
Apabila ada orang yang nak Kat c.cahaya..
sebab apa..?
c.cahaya rasa hati ni masih tertutup lah..
errmm.. yes! saya akuinya...
mungkin belum tiba masanya untuk fikirkan dengan lebih serius...
even c.cahaya sendiri tak pasti dengan perasaan ni..
c.cahaya rasa sebab hati ni xterbuka utk org lain adlh kerana
 'dia' dah ambil kunci kat hati ni kot..
sekarang nak tunggu "dia" pulangkan balik kunci tu
 baru c.cahaya bagi kunci tu kat orang lain.. hehe :)
kepada 'dia':
- jangan macamII ha.. jangan selalu sangat bermain api! kelak membakar diri..
- tak mau katakan tidak.. mau katakan ye.. :p

Thursday, 7 March 2013

TIME IS ALL

KESAYANGAN CIK CAHAYA DI UPSI
psst: segonjeng-gonjeng diaorang pun tetap kawan yang paling cik cahaya sayang tau :P
Akhirnya, cik cahaya sudah masuk sem lapan dan sekarang dah hampir tiba ke minggu keempat kuliah.. Apa perasaan cik cahaya sekarang ye apabila kuliah sudah mula, assaignment sudah dapat?? kalau korang semua nak tahu, sem lapan nilah baru cik cahaya rasa tentang kesibukan sebagai seorang mahasiswa. Mana taknya, kelas takdelah banyak mana pun, tugasan takdelah sampai berbelas-belas, tapi kesibukan untuk menyiapkan tugasan tulah yang kenjadi taruhan kini.

Fuhh, memanglah cik cahaya sempat beriadah dan berbual mesra dengan rakan-rakan, tapi itu semua sebagai langkah untuk mengelakkan cik cahaya menghadapi tekanan dalam menyiapkan segala tugasan ini. Tak dinafikan cik cahaya tak sabar menunggu waktu tamat belajar, tetapi cik cahaya lagi tak sabar nak menyiapkan tesis dan segala tugasan yang WAJIB dibuat dengan kadar segera ni.

Dalam pada menerima pelbagai tugasan, ada pula aktiviti-aktiviti yang lain perlu dilakukan. Nak taknak cik cahaya perlu bijak membahagikan masa supaya " Yang dikejar Tidak Ketinggalan, Yang dikendong Tidak Keciciran".

Hopefully, semester ni takde masalah pada cik cahaya dalam menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. cik cahaya pasti, setiap yang berlaku ada hikmahNYA. Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah tu maha adil kan.?  Harap kawan-kawan pun bahagia di tahun akhir ni (kira semester last la kan). Buat adik-adik diluar sana, belajar rajin-rajin, kejar apa yang patut dahulu ye.."Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Jangan menyesal dikemudian hari sudah.

smile and happily make me more strong!
Mohon doa kawan-kawan ye untuk doakan semoga cik cahaya KUAT dan TABAH..
nama dia Haslina Khairi, dia pun keSAYANGAN c.cahaya gak.. :)

#BE STRONGER :)
ni pulak kawan PALIng Manja.. HUHU..

Thursday, 7 February 2013

LA TAHZAN, JADILAH WANITA PALING BAHAGIA




ASSALAMUALAIKUM..
hai kawan-kawan semua..
sihat tak..?
hari ni cik cahaya nak kongsikan perasaan cik cahaya..
nak tahu ke..?
hehehe
cik cahaya HAPPY sangat hari ni..
sebab segala persoalan yang bermain diminda dah terungkai..
walau apa pun..
cik cahaya perlu bersiap sedia dengan sebarang kebarangkalian yang akan terjadi untuk masa akan datang..
okay..
pesanan terakhir daripada cik cahaya:
walau apa jua keadaan anda, cubalah untuk terus tersenyum :)


kepada yang sedang bermain dengan perasaan berkaitan JODOH tu..
Cik cahaya nasihatkan.. BERSABARLAH..
nak tahu tak..?
JODOH kita ni terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1- sama ada jodoh datang awal
2- atau jodoh datang lambat
3- mahupun jodoh tiada di dunia (maksudnya si dia akan kita temui di akhirat sana)



kita hanya perlu serahkan segalanya pada Allah s.w.t..
semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan jalan terbaik kepada kawan-kawan semua..
ok.. Semoga bertemu kembali..
SAYANG kamu semua :)