Wednesday, 6 February 2013

Salah di MATA kalau tak nampak, Salah TAFSIRAN kalau tak nilai



"Salah di MATA kalau tak nampak, 
Salah TAFSIRAN kalau tak nilai"

Apa maknanya ni..?

Pada pandangan saya, sebagai bakal kaunselor ni (hehe):

......Salah di MATA kalau tak nampak seperti orang yang berfikir berdasarkan tanggapan dirinya sendiri sahaja. Padahal dia tidak melihat perkara yang sebenar daripada pelbagai sudut.. 

......Salah TAFSIRAN kalau tak nilai pula seperti kita melihat seseorang (secara luaran) kasar, pakaian tak kemas pasti kita fikir orangnya itu tidak terurus, tidak menunaikan kewajipan. Padahal orang tu sentiasa solat awal waktu, puasa sunat. Mungkin kerana dirinya yang tidak mengambil berat berkaitan penampilan.

#sekadar pandangan sahaja..tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah tiada..

kesimpulannya..
"Don't judge people by its cover"

Nilailah diri anda dahulu sebelum menilai orang lain..

Ikutkan HATI Mati! Ikutkan RASA binasa!

Wednesday, 16 January 2013

ost Setia Hujung Nyawa-Sastera Kupu-Kupu-Mimie Haris with lyrics



# cik cahaya suka lagu ni.. dalam cerita setia hujung nyawa.. i feel good :) hehe

Wednesday, 2 January 2013

Selamat Tahun Baru [ 2013 ]

Assalamualaikum.. Hi korang? Apa khabar?


Hari ni dah masuk hari kedua tahun baru..
Ada rasa perbezaan ke tahun 2012 dengan 2013?
Haa.. Kalau ada perbezaan tu, harap ianya lebih kepada kebaikan..
Yela.. Manusia sekarang ada macam-macam ragam..
1- Tidak Baik kepada baik
2- Baik kepada lebih Baik
3- Baik kepada Tidak baik
Haa. minta-mintalah tahun 2013 ni kita akan jadi yang nombor 2..
 Kan kawan-kawan... In sya Allah  ;)

haa.. Tahun 2013 ni merupakan tahun terakhir Cahaya kat UPSI. Macam sekejap je masa berlalu. Tak sangka Cahaya dah hampir 4 Tahun di Tanjong Malim ni. Macam-macam kenangan yang diperolehi. Takpe segala kenangan tu kita jadikan kENANGAN terindah.

antara AZAM Tahun 2013 ni Cahaya nak:

1- Kumpulkan lebih banyak kenangan dengan kawan-kawan terSAYANG..
sebab lepas ni tak tahu  bila lagi akan jumpa.
 [SIapa kawan terSAYANG tu..? mereka ialah orangII Yang SAYANG saya..
kalau anda saYANG saya.. In sha Allah saya pun sayang anda juga.. xpe..
kalau tak saYANG pun aku saYANG korang lah :) ]

2- Belajar bersungguh-sungguh memandangkan tahun ni tahun akhir Cahaya iaitu
dah masuk SEMESTER 8.. yeay!
nak ada peningkatan dalam akaDEMIK.. Yang penting.
Siapkan TESIS tu cepat DAYAH oi! ni baru nak start.. apela.. xpe..
 at least perasaan tu dah ada.. cupa nak capai tu je kena bERUSAHA (: 
3- In sha Allah akan menerima segulung iJAZAH Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling..
XSABAR nak tengok kawan-kawan yang lain berJAYA jugak..
walaupun kita xsama tapi aku nak konvo ngan korang samaII..
INGAT tau... bulan 9 nanti (:


4- Cari kerja selepas habis belajar nanti.. tak kisahlah kerja apa pun.. janji HALAL..
kena cari duit.. nak sara anakII, KELuarga, diri sendiri...
haa.. CABARAN Tu nak cari kerJA..
iNGAT senang ke? memang tak mudah, sebab tu kena berUSAHA..
LAGI satu, kerja jangan memilih sanGAT.. jadi tukang cuci tandas pun ok hape..
janji HALAL ;P

  
5- NAK Kawen!
HAA..? kawen??
 oh tidak..!!!
 Lambat  lagi la.. In sha Allah dalam perancangan nak kawen umur 25 tahun
[ itu pun kalau diizinkanNYA ]
KIta hanya meRANCANG.. Allah yang MENENTUKAN segalanya
so.. keep praying ye :)
BIARLAH MENYUKAI DALAM DIAM.. EHEMMM.. ;P

OK.. semoga anda semua juga BAHAGIA di tahun 2013 ni.. :)
dan dapat mencapai Azam yang diimpikan..

setakat di sini jelah ye.. yang BAIK tu semuanya datang daripada ALLAH..
DAn yang Tak BAIK tu datangnya dari diri saya senDIRI..
SAMpai ketemu lagi..
wassalam...

Monday, 31 December 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH (:

..."dah tu kau tu ada PAKWE ke?"... 
..." PAKWE pon takde, ayat macam PUTUS CINTA je..."
...." yeke takde PAKWE?..."
 # soalan-soalan nilah yang selalu ditanya kepada aku..

PAKWE? BUAH HATI? BOYFRIEND? 
sama je semua tu..
Nape? Ingat aku ni tak laku sangat ke?
eh.. kalau nak cari PAKWE tu sekarang pon boleh la..
antara nak atau tak nak je.. bukan nak cakap besar..
yang nak kawan dengan aku ramai je.. kalau aku layan sikit.. kompem la boleh pergi jauh..
Tapi aku je TAK NAK...
SEBAB apa?
sebab aku tak suka nak main-main!


.."Bukan kekasih atau buah hati yang dicari.. tetapi SUAMI bagi mendidik diri.." status yang pernah aku update dalam FACEBOOK.. 

aku nak SUAMI.. tapi bukan sekarang sebab aku tak rancang nak kahwin sekarang.. aku nak kahwin 3 tahun lagi.. in shaa Allah, kalau diizinkanNYA.. jadi perlu ke aku nak beria-ria nak cari PAKWE sekarang..?


cukuplah aku pernah menyintai dulu.. dalam ketidakmatangan aku.. aku minta PUTUS.. mungkin itu tudah tertulis.. mungkin itu juga yang TERBAIK buat aku.. even dah putus.. sampai sekarang kitaorang ok lagi.. ok lah tu kan.. kenapa aku tak dapat PENGGANTI..? Adakah kerana aku masih MENANTI...? BIARLAH RAHSIA... segala ketentuan aku letak ditanganNYA.. TAPI aku berharap ada JALAN yang terBAIK buat kami berdua :)..

#HAPPY NEW YEAR UOLS..
#2013 ^^

Sunday, 4 November 2012

90 hari sebagai KAUNSELOR PELATIH

ASSALAMUALAIKUM..

Hi kawan-kawan! Lama tak bersua di sini ye.. Maklumlah, Cik Cahaya sibuk sikit 4 bulan lepas sebagai pendidik di SMK Syeikh Abdul Ghani. Setelah 4 bulan bergelar kaunselor pelatih, akhirnya Cik Cahaya dapat tamatkan jua internship kaunseling. Pelbagai cabaran dan rintangan dilalui yang menghaslkan 1001 kenangan manis, masam, masin tak kurang juga yang pahit. Pelbagai rasa kan? Barulah seronok dijadikan kenangan terindah. Orang kata tanpa ujian dan dugaan hidup membosankan. Jadi just accept it as a cabaran yang akan mematangkan kita.. 

Apa yang seronok sangat jadi kaunselor pelatih ni? Macam-macam perasaan ada, takkan sedih je kan? Mesti ada seronoknya juga! Antaranya ialah dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah. Tak kiralah masalah apa pun contohnya akademik, remaja, keluarga, peribadi dan lain-lain. Seronok tau kalau kita tolong orang dengan hati yang ikhlas. Selain perlu memenuhi kehendak universiti dalam menjalankan sesi kaunseling selama 20 jam untuk kaunseling kelompok dan 45 jam untuk kaunseling individu, Cik Cahaya dapat menambahkan pengalaman sebagi kaunselor tau.

Ingat kaunselor ni just buat sesi kaunseling ke? Oh tidak! Pelbagai Program kami jalankan sepanjang bergelar kaunselor pelatih ni. Tapi program yang biasa-biasa ajelah. Kami tak hebat, jadi buat mengikut kemampuan diri je. Walaupun pelbagai program kami jalankan, tetap ada cikgu-cikgu yang cakap kaunselor tak ada kerja! Perh, sedap je dia orang cakap kan. Orang tak kan tahu apa tugas sebagai kaunselor ni sebab dyorang bukan kaunselor. Memang telan saja apa orang sekeliling cakap, janji kita boleh siapkan semua tugas sebagai kaunselor pelatih.

Masuk Air
Paling best time internship kaunseling ni, Cik Cahaya jatuh sakit tau. Pukul 4 pagi kepala berdenyut-denyut menahan kesakitan pening kepala. Pagi tu minta izin pengetua nak pergi klinik. Tekanan darah RENDAH! Habis kena masuk air 1 liter. Tak pernah-pernah sakit sampai macam ni.. Ni namanya musibah yang tak diduga. haa,  Jarum dia punyalah besar, sakit kot kena cucuk. Memangg tak nak kena cucuk lagi. Heee.. Jadi kenalah jaga kesihatan kan kalau tak nak kena masuk air dengan menggunakan jarum yang besar tu. Bersenam paling penting biar jantung sihat tanpa gangguan. Hee. 

Sudahlah malas nak cakap banyak lagi. Nak STOP sini dulu. Heee.. Ada masa jumpa lagi
p/s: ayat rojak campur baur..

Gambar-gambar sepanjang INTERNSHIP KAUNSELING
 (masukkan sikit je) ehek..

ni Cik Cahaya yang lukis. sampai jatuh longkang..ehekk

ni mural cikgu praktikal buat..
 
jd model jup..

masa kayuhan muhibbah 1 malaysia

ni housemate2 ku yg comey

11 0rang cikgu praktikal. perempuan semuanya..

my partner. Pn. Nur Qurratu' Aini

Saturday, 4 August 2012

line HANGAT

HAH...BARU SYOK CH NAK UPDATE CAMNI..
LINE PENUH TUH
MEMANG SYOOKK
YEAHAAA
OK, NAMPAKNYA CH DAH LAMA KETINGGALAN NI
GENG2 HANGAT TAHI UNTA (EMI &AYU)
SEMUA DAH BANYAK ENTRY DYORG UPDATE
XMENGAPA
HARI INI
SAAT INI
KETIKA INI
CH PUN AKAN UPDATE BLOG JUGA
TUNGGU LAH KORANG
CH AKAN CERITA 
& UPLOAD GAMBAR
DALAM BLOG NI
SEPANJANG CH JADI CIKGU 
DI SMK SYEIKH ABDUL GHANI
KISAH HATI CH
KISAH SUKA DUKA CH
DAN PERSOALAN2 YANG BERMAIN DI MINDA CH
OK
WAIT AND SEE YA ;D

Monday, 30 July 2012

benci tapi mahu

uwarghhh...
mane boley jadi ni...
geng-geng blogger CH sumer dah update blog dyorg...
sori la geng...
CH tak dapat nak update blog la...
kerana beberapa kekangan...
antaranya ialah:
1- ketiadaan wireless yg laju di rumah
2- kekangan masa sebab masa yg ada adlh untuk membuat report kaunseling yg bnyak tu..
3- nak kumpul banyak2 cerita..ecccaaa~~~
hahaha...
xpe... nanti CH update blog banyak2 pas praktikal nanti...
tunggu ye geng :)