Saturday 1 February 2014

KEK BATIK super duper nyummy

Salam..
Hye! bertemu kembali kita..
Hari ni cik cahaya rajin benor nak mengupdate blog lagi.. hehe

Okay, ni nak share sikitla mengenai cara nak buat kek batik. Dulu time duk asrama, buat kek batik tak payah masak atas api. Ada milo,ada susu, ada biskut marie. Haa terus boleh buat. 

Sekarang dah makin dewasa, buat yang lebih menarik sikit la kan..

Bahan-bahan:

1 packet Biskut Marie (Original taste)
250g Buttercup
1/2 tin susu pekat
3 sudu serbuk koko
1 cawan Milo/vico

Cara membuat:

Sebelum cairkan butter, cik cahaya letak sikit minyak untuk mengelakkan butter hangus. My sis yang suh letak minyak ekceli, so letak jela. Lepas butter cair, masukkan setengah tin susu. Sebelum ni cik cahaya pernah letak 1 tin susu terus, perghh manis gila lah.. Cik cahaya tak suka manis sangat ni, kang kena kencing manis susah pulak.. haa.. lepas letak susu, letak milo/vico, pastu letak serbuk koko dan yang terakhir letak biskut yang dah dipatah-patahkan dengan sesuka hati tu. Gaul ratakan bahan-bahan semua tu kemudian letakkan kedalam bekas dan perlu diratakan supaya cantik..

Sebelum nak makan, lebih sedap kalau disejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam..

tabur sikit warna warni ni bagi meriahh..

Akhirnyaa, taraaa.. boleh dimakan :)

menjadi.. kurang manis dan sedap.. hehe

Mudah kan..? so, selamat merajinkan diri untuk mencuba buat kek batik yang super duper simple ni. Good luck kengkawan :)

KEK PISANG tak naik sendiri by Cik Cahaya

Assaamualaikum..

hye kawan-kawan.. apa khabar? sihat? harap sahabat semua sihat dan sentiasa dalam lindunganNya. Amiin.
ehem.. harini cik cahaya nak kongsi pengalaman cik cahaya buat kek pisang yang "BANTAT" tu.. 

KOmentar kak ipar cik cahaya lepas tengok kek pisang tak jadi ni ialah "biasa kalau first time buat kuih memang bantat'.. So cik cahaya pon feeling its okay la.. first trial kan.. hehe..

Ekceli cik cahaya pelik juga la kenapa tak menjadi kek pisang ni.. Mungkin tak buat dengan penuh kasih sayang kot.. gituu~ huhu. padahal dah ikut resipi betul (tapi based on google). My moom say "ala google tu kadang-kadang orang bagi resipi ta betul".. haha.. salahkan orang lain pula kan.. 

By the way,cik cahaya nak juga kongsi resipi yang cik cahaya follow untuk buat kek pisang ni..

2 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
1s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 s/k esen vanilla
2 biji telur

Haa. inilah resipinya. Dah ikut dengan taat bahan-bahan dan cara yang digunakan. Tapi tulah, tak menjadi pulak. Its okay la kan. Practise make perfect right? hehe..

Dan hari ni i think to make another cake. Berunsurkan pisang jugak. Tapi kali ni nak buat kek pisang yang dikukus dan nak buat apam pisang. Mengikut resipi encik google yang banyak memaparkan blogger cik kak cik kak yang suka memasak tu. Wish me luck all my friend! ehehe

Okay. i want share picture yang mana gambar kek pisang cik cahaya tak jadi tu..
Taraaaa.. kat bawah ni ha.. Tapi rasa dy not bad la.. sedap jugak. cuma tak naik je.. hehe

kek pisang tak menjadi tapi habis dimakan juga

buah pisang ada lagi, so i want try make cake again

nak buat camnilah harini.. apam pisang je


Satu hari nanti, nak hasilkan kek yang cantik macam ni..

okay itu sahaja perkongsian cik cahaya. Mungkin kek yang sebelum ni tak menjadi sebab my mom kata telur mana cukup 2 biji sahaja. Sekurang-kurangnya 5 biji.dan pisang yang digunakan 3 biji kecil-kecil. sebab tu tak nampak bentuk pisangnya. So lepas ni nak buat 6 biji. cik cahaya ni baru belajar, so thinking out of box.  kita buat dia kan, so suka hatilah nak buat macam mana. yang penting ada rasa.. hihi

Sekian, semoga ketemu lagi. :)